Page 53 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 53
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
NILAI PERPADUAN DALAM PENGENDALIAN IBADAH KORBAN
DI SURAU AL-TAQWA, KLUANG, JOHOR
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Oleh: Dr. Nurul Haniza Samsudin & Dr Abd Ganing Laengkang
Ibadah korban juga melibatkan amalan kenduri dan hal ini
dilakukan oleh penduduk kampung yang dikaji pada hari
kedua. Ketika kenduri, ahli kariah masjid berganding bahu
untuk melaksanakan ibadah kurban dari awal hingga akhir.
Pelbagai aktiviti Ketika kenduri menyuburkan hubungan erat
antara mereka. Penduduk kampung berkumpul dan
bergotong royong melapah dan memasak daging korban.
Kenduri yang dijalankan menunjukkan perasaan syukur,
kasih sayang, dan kebersamaan. Siuasi ini juga dapat
menguatkan nilai kerja berpasukan dan semangat komuniti.
Perpaduan melalui ibadah korban bukan sahaja membantu
mengeratkan hubungan sosial tetapi juga memperkukuh
perpaduan dalam kalangan penduduk kampung. Aktiviti ini
menyediakan platform untuk kerjasama yang melibatkan
sumbangan dan bantuan kepada mereka yang kurang
bernasib baik, memperlihatkan semangat kebersamaan dan
sokongan komuniti.
53