Page 3 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 3
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KATA ALU-ALUAN
DEKAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita
dapat menerbitkan e-Buletin bulanan untuk edisi 3 Mei-Jun 2024. Buletin Pengajian Melayu
memainkan peranan penting dalam konteks masa kini. Ia juga relevan dari pelbagai aspek
kehidupan, pendidikan, budaya dan sosioekonomi. Secara keseluruhannya, pengajian Melayu
mempunyai kepentingan yang mendalam dalam mempertahankan dan mengembangkan
warisan, bahasa, budaya, dan identiti Melayu. Justeru itu, Buletin Pengajian Melayu dapat
membantu memperkukuh jati diri masyarakat dan mempertahan identiti ini dalam menghadapi
cabaran globalisasi. Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang
telah berganding bahu menyumbang tenaga bagi menjayakan buletin ini. Terima kasih.
Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
Dekan Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
TIMBALAN DEKAN
(IJAZAH TINGGI, PENYELIDIKAN DAN INOVASI)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah setinggi kesyukuran dipanjatkan
kehadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya diberikan kesempatan kepada saya untuk
menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan e-Buletin bulanan APM ini. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen bagi menjayakan
penerbitan e-Buletin edisi 3 (Mei-Jun) tahun 2024 ini.
Penerbitan e-Buletin bulanan APM ini bertujuan untuk mendokumentasikan aktiviti staf
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada setiap bulan. E-Buletin ini merupakan satu
dokumen berharga pada masa akan datang bagi melihat kemajuan serta perkembangan yang
telah dicapai oleh staf Akademi Pengajian Melayu. Selain itu, ia juga dapat membantu
memperkaya pemikiran dan nilai estetika, serta memberi perspektif kritikal tentang isu-isu
kemanusiaan, moral, dan masyarakat. Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada sidang
redaksi serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan penerbitan e-Buletin
ini.
Sekian, terima kasih
Prof. Madya Dr. Indirawati Zahid
Timbalan Dekan Ijazah Tinggi, Penyelidikan dan Inovasi
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
3