Page 5 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 5
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KEPENTINGAN PENDIDIKAN,
PENGALAMAN DAN KEMAHIRAN DALAM
DUNIA PROFESIONAL
30 Mei 2024 - Akademi Pengajian Melayu telah menganjurkan Seminar
Mencorak Laluan Kerjaya yang bertempat di Bilik Kuliah Tanjung. Seminar ini
mendapat perhatian ramai dengan kehadiran tamu khas, Tan Sri Muhammad
bin Ibrahim, mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, yang telah berkongsi
pengalaman dan pengetahuannya mengenai perjalanan kerjaya yang berjaya.
Pelajar berpeluang untuk bertanya dan mendapatkan nasihat langsung dari
Tan Sri Muhammad, menjadikan seminar ini interaktif dan bermanfaat. Dalam
sesi tersebut, Tan Sri Muhammad membincangkan pelbagai aspek penting
dalam membina kerjaya yang kukuh, termasuk kepentingan pendidikan,
pengalaman kerja, dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia profesional.
5