Page 6 - Bulletin_APM_Mei_Jun2024
P. 6
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
BICARA BUKU KERINCI OLEH
SARJANA TAMU
11 Jun 2024 - Akademi Pengajian Melayu menganjurkan seminar bedah buku
yang menarik bertajuk Kerinci: Cerita Tentang Tanah Kelahiran. Seminar ini
dipimpin oleh sarjana tamu, Dr. Mahli Zainuddin, yang merupakan Ketua
Program Magister Ilmu Agama Islam di Universitas Muhammadiyah
Yogyakarta. Dalam seminar ini, Dr. Mahli membentangkan kisah inspiratif
tentang Kerinci, yang menggambarkan perjalanan hidup seseorang dalam
menghadapi pelbagai cabaran dan perjuangan untuk mengubah nasib. Beliau
menekankan betapa pentingnya hijrah, bukan hanya dari segi geografi, tetapi
juga dalam usaha untuk keluar dari zon selesa demi mencapai impian dan
memberi manfaat kepada anak bangsa.
6