Page 196 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 196

PO8    Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
                            kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Pendidikan Sains Sosial.

            6.     Struktur Program

                   (1)    Program pengajian ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains Sosial) ditawarkan dalam
                          dua mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan  berjumlah lima puluh  lima (55) kredit dan
                          secara Penyelidikan. Butir-butirnya adalah seperti berikut:

                          (a)    Program secara Kursus dan Penyelidikan

                                 (i)     Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
                                         kredit;

                                         Kursus Teras Fakulti

                                         PXGZ 6101     Penyelidikan dalam Pendidikan; dan

                                         Pilih satu daripada berikut:

                                         PXGZ 6102     Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6103     Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6104     Penyelidikan Tinjauan
                                         PXGZ 6105     Penyelidikan Pengajian Masa Depan
                                         PXGZ 6106     Penyelidikan Eksperimen

                                 (ii)    Dua  (2)  kursus  Wajib  Bidang  Pengkhususan  yang  berjumlah  tiga  (3)
                                         kredit;

                                 (iii)   Satu  (1)  kursus  Pilihan  Bidang  Pengkhususan  yang  setiap  satunya
                                         berjumlah tiga (3) kredit


                                 (iv)    Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit;

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).

                   (2)    Butir-butir  kursus  yang  ditawarkan  adalah  seperti  mana  yang  diluluskan  oleh  Senat  dari
                          semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
                          setiap sesi.

                   (3)    Senarai kursus yang diluluskan untuk program ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains
                          Sosial)  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  adalah  seperti  mana  yang  dinyatakan  dalam
                          Senarai  1.  Calon  akan  dimaklumkan  mengenai  kombinasi  kursus  yang  perlu  diikuti  bagi
                          program ini sebelum pendaftaran permulaan.





                                                                                          149
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201