Page 200 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 200
PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
1. Jenis Program
Jenis program ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan
perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.
(2) Program secara Penyelidikan, iaitu program pengajian secara penyelidikan sepenuhnya
yang membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan Masuk.
(a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda; dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah;
atau
(ii) Kelayakan mengajar yang profesional;
atau
(iii) Pengalaman mengajar yang berkaitan dari institusi pendidikan yang
diiktiraf oleh Senat;
atau
(iv) Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;
atau
(d) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
(e) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
153