Page 201 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 201

(2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6)  atau TOEFL  (Test as a Foreign  Language)  skor lima ratus dan  lima puluh  (550)  jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau
                          Lulus  kursus  Bahasa  Inggeris  yang  ditetapkan  oleh  pihak  universiti  sebelum  calon
                          mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian

                   Tempoh  minimum  pengajian  bagi  program  Ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Pendidikan  Islam)  adalah
                   seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.


            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dinamik  dan  reflektif  yang  berupaya
                   memantau dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                   pendidikan  dan  penyelidikan  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  berkaitan  dengan  bidang
                   pendidikan.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di  akhir program, pelajar dapat;

                     PO1    Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Islam;
                     PO2    Mempraktikkan bidang pendidikan melalui pengajaran, penilaian dan penyelidikan dengan
                            menggunakan teknologi pendidikan;
                     PO3    Mempamerkan  sikap  keprihatinan  terhadap  isu  semasa  yang  berkaitan  dengan  bidang
                            pendidikan;
                     PO4    Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang   Pendidikan;
                     PO5    Menjalinkan komunikasi dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan aktiviti
                            dalam bidang pendidikan;

                     PO6    Menganalisis secara kritis, teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang pendidikan;
                     PO7    Melibatkan  diri  dalam  pembelajaran  sepanjang  hayat  dan  mengurus  maklumat  yang
                            berkaitan dengan pendidikan; dan
                     PO8    Menghasilkan  idea  inovatif  berkaitan  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  menyumbang
                            kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Pendidikan Islam.





                                                                                          154
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206