Page 303 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 303

atau

                          (d)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;

                          atau

                          (e)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.


                   (2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
                                                       atau

                              Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
                          mendaftar.


            3.     Tempoh Pengajian


                   Tempoh  minimum  pengajian  bagi  program  Ijazah  Sarjana  Pengurusan  Pendidikan  adalah  seperti
                   berikut:

                   (1)    Program secara Kursus adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.


            4.     Matlamat Program

                   Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang kelayakan dan berkemahiran tinggi
                   untuk mengurus dan mentadbir organisasi pendidikan dengan cekap dan berkesan setanding dengan
                   amalan pengurusan pendidikan di negara maju


            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di akhir program  pelajar  dapat;

                      PO1    Menguasai ilmu pengetahuan merangkumi teori dan amalan dalam bidang organisasi
                             dan pengurusan pendidikan;
                      PO2    Mempamerkan kemahiran praktikal dalam aspek merancang, mengelola, memimpin dan
                             mengawal  sesebuah  organisasi  pendidikan  melalui  penilaian  dan  penyelidikan  dalam
                             bidang pengurusan pendidikan;
                      PO3    Mempraktik  akauntabiliti  dan  tanggungjawab  sosial  berkaitan  dengan  pengurusan
                             pendidikan kepada pihak-pihak tertentu khususnya masyarakat sekitar;
                                                                                          256
   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308