Page 298 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 298
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan menjangkakan kesan
perkembangan dalam pelbagai dimensi kemajuan untuk pendidikan awal kanak-kanak
terhadap pembelajaran masa hadapan ; dan
PO8 Menghasil dan memasarkan produk inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
pelbagai audiens dalam komuniti pendidikan awal kanak-kanak dan bagi penyampaian
pengajaran dalam pelbagai persekitaran.
6. Struktur Program
(1) Program pengajian ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak ditawarkan dalam dua
mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan berjumlah lima puluh lima (55) kredit dan secara
Penyelidikan. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
(a) Program secara Kursus dan Penyelidikan
(i) Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
kredit;
Kursus Teras Fakulti
PXGZ 6101 Penyelidikan dalam Pendidikan; dan
Pilih satu daripada berikut:
PXGZ 6102 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
PXGZ 6103 Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
PXGZ 6104 Penyelidikan Tinjauan
PXGZ 6105 Penyelidikan Pengajian Masa Depan
PXGZ 6106 Penyelidikan Eksperimen
(ii) Dua (2) kursus Wajib Bidang Pengkhususan yang setiap satunya
berjumlah tiga (3) kredit;
(iii) Satu (1) kursus Pilihan Bidang Pengkhususan yang berjumlah tiga(3)
kredit ; dan
(iv) Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit.
(b) Program secara Penyelidikan.
Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).
(2) Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang diluluskan oleh Senat dari
semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
setiap sesi.
(3) Senarai kursus yang diluluskan untuk program ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-
Kanak secara Kursus dan Penyelidikan adalah seperti mana yang dinyatakan dalam
Senarai 1. Calon hendaklah dimaklumkan mengenai kombinasi kursus yang perlu diikuti
bagi program ini sebelum pendaftaran permulaan.
251