Page 294 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 294

PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010

            Ijazah Sarjana Pendidikan ( Perkembangan Kurikulum)


            1.     Pendaftaran Kursus

                   (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan
                          semester.

                   (2)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk
                          kredit  yang  diperuntukan  bagi  penyelidikan  pada  mana-mana  semester  melainkan  ia
                          diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.     Penyeliaan
                   Perlantikan Penyelia untuk calon adalah seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan.

                          Perlantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

                   (2)    Program secara Penyelidikan.

                          Perlantikan penyelia dilakukan sebelum calon mendaftar program.

            3.     Ketetapan Bidang Penyelidikan
                   Ketetapan  bidang  bagi  disertasi  dan  laporan  penyelidikan  hendaklah  dilakukan  sebelum  calon
                   memulakan penyelidikannya.

            4.     Penyerahan

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan.
                          Tajuk  disertasi  hendaklah  dikemukakan  kepada  Fakulti  untuk  kelulusan  semasa  calon
                          memberi notis untuk penyerahan disertasinya.

                   (2)    Program secara Penyelidikan.
                          Tajuk  disertasi  hendaklah  dikemukakan  kepada  Fakulti  untuk  kelulusan  semasa  calon
                          memberi notis untuk penyerahan disertasinya.
                   (3)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya.
                          Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau
                          kajian  lanjut  yang  diperlukan  oleh  Jawatankuasa  Pemeriksa  tidak  dianggap  sebagai
                          sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.









                                                                                          247
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299