Page 292 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 292
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
berkaitan dengan Perkembangan Kurikulum;
PO8 Menghasilkan idea inovatif berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang
kepada pengurusan dan keusahawanan dalam bidang Perkembangan Kurikulum.
6. Struktur Program
(1) Program pengajian ijazah Sarjana Pendidikan (Perkembangan Kurikulum) ditawarkan dalam
dua mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan berjumlah lima puluh lima (55) kredit dan
secara Penyelidikan. Butir-butirnya adalah seperti berikut:
(a) Program secara Kursus dan Penyelidikan
(i) Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
kredit;
Kursus Teras Fakulti
PXGZ 6101 Penyelidikan dalam Pendidikan; dan
Pilih satu daripada berikut:
PXGZ 6102 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
PXGZ 6103 Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
PXGZ 6104 Penyelidikan Tinjauan
PXGZ 6105 Penyelidikan Pengajian Masa Depan
PXGZ 6106 Penyelidikan Eksperimen
(ii) Dua (2) kursus Wajib Bidang Pengkhususan yang berjumlah tiga (3)
kredit;
(iii) Satu (1) kursus Pilihan Bidang Pengkhususan yang setiap satunya
berjumlah tiga (3) kredit
(iv) Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit;
(b) Program secara Penyelidikan.
Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).
(2) Butir-butir kursus yang ditawarkan adalah seperti mana yang diluluskan oleh Senat dari
semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
setiap sesi.
(3) Senarai kursus yang diluluskan untuk program ijazah Sarjana Pendidikan (Perkembangan
Kurikulum) secara Kursus dan Penyelidikan adalah seperti mana yang dinyatakan dalam
Senarai 1. Calon akan dimaklumkan mengenai kombinasi kursus yang perlu diikuti bagi
program ini sebelum pendaftaran permulaan.
245