Page 297 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 297
atau
(f) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
(2) Syarat Bahasa Inggeris.
Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) band enam
(6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
atau
Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
mendaftar
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah
seperti berikut:
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.
(2) Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.
4. Matlamat Program
Untuk menyediakan profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan pengetahuan dan
kemahiran mendidik, mengasuh kanak-kanak, membangunkan kurikulum, menilai proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah, mengurus dan mentadbir program yang berkaitan dan pendidikan
awal kanak-kanak, mengenal pasti pedagogi, pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran,
sumber dan inovasi untuk mempertingkatkan pembelajaran dalam pelbagai konteks pendidikan awal
kanak-kanak.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program pelajar dapat;
PO1 Menguasai teori dan pedagogi yang sesuai dalam perkembangan dan pendidikan awal
kanak-kanak ;
PO2 Mengaplikasikan teori kepraktis sebenar di bilik darjah untuk mempertingkatkan
pembelajaran dan prestasi kanak-kanak ;
PO3 Menunjukkan minat dan keperihatinan terhadap orang lain ;
PO4 Berpegang kepada standard etika dalam pendidikan dan amalan paling berkesan
dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak ;
PO5 Berkomunikasi dengan berkesan dan dapat bekerjasama dalam komuniti pendidikan
awal kanak-kanak ;
PO6 Menganalisis secara kritis penyelidikan, aliran dan isu berkaitan dengan bidang
pendidikan awal kanak-kanak ;
250