Page 296 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 296
PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010
Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak
1. Jenis Program
Jenis program ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang ditawarkan adalah seperti berikut :
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan
perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.
(2) Program secara Penyelidikan, iaitu program pengajian secara penyelidikan sepenuhnya
yang membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan Masuk.
(a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan;
atau
(d) Ijazah Sarjana Muda; dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah;
atau
(ii) Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
(iii) Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari institusi yang diiktiraf oleh
Senat;
atau
(iv) Pengalaman tidak kurang daripada satu (1) tahun dalam bidang yang
berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak;
atau
(e) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
249