Page 304 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 304

PO4    Mengamalkan nilai murni dan etika profesional dalam pengurusan pendidikan;
                      PO5    Melaksana  hubungan  baik,  berinteraksi  dan  bekerja  secara  berpasukan  untuk
                             mencapai objektif organisasi;
                      PO6    Mengimplementasi  pemikiran  kritis  dan  kreatif  semasa  membuat  keputusan  dan
                             menyelesaikan masalah berkaitaan dengan teori dan amalan  pengurusan pendidikan;
                      PO7    Mengurus  maklumat  ilmiah  daripada  pelbagai  sumber  sebagai  asas  pembelajaran
                             sepanjang hayat; dan
                      PO8    Menghasilkan idea inovatif berkaitan dengan ilmu pengurusan pendidikan.


            6.     Struktur Program
                   (1)    Program pengajian ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan ditawarkan dalam dua (2) mod
                          kursus iaitu secara Kursus berjumlah empat puluh lima (45) kredit dan secara Penyelidikan.
                          Butir-butirnya adalah seperti berikut:

                          (a)    Program secara Kursus.

                                 (i)     Dua  (2)  kursus  Teras  Fakulti  yang  setiap  satunya  berjumlah  tiga  (3)
                                         kredit dan satu (1) lagi kursus Teras Fakulti yang berjumlah dua belas
                                         (12) kredit; dan

                                 (ii)    Sembilan (9) kursus  Wajib Bidang Pengkhususan yang setiap satunya
                                         berjumlah tiga (3) kredit.

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).

                   (2)    Butir-butir  kursus  yang  ditawarkan  adalah  seperti  mana  yang  diluluskan  oleh  Senat  dari
                          semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
                          setiap sesi.

                   (3)    Senarai  kursus  yang  diluluskan  untuk  program  ijazah  Sarjana  Pengurusan  Pendidikan
                          secara  Kursus  adalah  seperti  mana yang  dinyatakan  dalam  Senarai  1.  Calon  hendaklah
                          dimaklumkan  mengenai  kombinasi  kursus  yang  perlu  diikuti  bagi  program  ini  sebelum
                          pendaftaran permulaan.

















                                                                                          257
   299   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309