Page 309 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 309
(2) Syarat Bahasa Inggeris.
Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
sekurang-kurangnya IELTS (International English Language Testing Services) band enam
(6) atau TOEFL (Test as a Foreign Language) skor lima ratus dan lima puluh (550) jika
ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;
atau
Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
mendaftar.
3. Tempoh Pengajian
Tempoh minimum pengajian bagi program Ijazah Sarjana Teknologi Pengajaran adalah seperti
berikut:.
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.
(2) Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.
4. Matlamat Program
Matlamat program adalah untuk menghasilkan graduan yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi
untuk menyediakan profesional dalam bidang teknologi pengajaran dengan pengetahuan dan
kemahiran mereka bentuk, membangunkan, menggunakan, menilai dan mengurus sistem, proses,
bahan, sumber dan inovasi untuk mempertingkatkan pembelajaran dalam pelbagai konteks.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program pelajar dapat;
PO1 Menguasai teori dan model dalam reka bentuk pengajaran dan teknologi;
PO2 Menggunakan teknologi pengajaran sebagai alat dan sistem untuk mempertingkatkan
pembelajaran dan prestasi;
PO3 Menunjukkan minat dan keprihatian terhadap orang lain dalam melaksanakan tugas
sebagai guru;
PO4 Berpegang kepada standard etika dan amalan paling tinggi dalam bidang teknologi
pengajaran;
PO5 Berkomunikasi, kepimpinan dan menguruskan maklumat dengan berkesan dan
bekerjasama dengan orang lain dalam pendidikan;
PO6 Menganalisis secara kritis penyelidikan, trend dan isu berkaitan dengan bidang
teknologi pengajaran;
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan menguruskan maklumat
berkaitan dengan teknologi pengajaran; dan
PO8 Menghasil dan memasarkan produk inovatif dalam pembelajaran bagi pelbagai pihak
yang berkepentingan audiens dan bagi penyampaian pengajaran dalam pelbagai
persekitaran.
262