Page 312 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 312
PERATURAN - PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010
Ijazah Sarjana Teknologi Pengajaran
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan
semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk
kredit yang diperuntukan bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia
diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Perlantikan Penyelia untuk calon adalah seperti berikut:
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan.
Perlantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
(2) Program secara Penyelidikan.
Perlantikan penyelia dilakukan sebelum calon mendaftar program.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi dan laporan penyelidikan hendaklah dilakukan sebelum calon
memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan.
Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon
memberi notis untuk penyerahan disertasinya.
(2) Program secara Penyelidikan.
Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon
memberi notis untuk penyerahan disertasinya.
(3) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya.
Tempoh yang diambil untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau
kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak dianggap sebagai
sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
265