Page 310 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 310

6.     Struktur Program

                   (1)    Program pengajian ijazah Sarjana Teknologi Pengajaran ditawarkan dalam dua (2) mod iaitu
                          secara  Kursus  dan  Penyelidikan  berjumlah  lima  puluh  lima  (55)    kredit  dan  secara
                          Penyelidikan. Butir-butirnya seperti berikut:

                          (a)    Program secara Kursus dan Penyelidikan.

                                 (i)     Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
                                         kredit;

                                         Kursus Teras Fakulti

                                         PXGZ 6101     Penyelidikan dalam Pendidikan; dan

                                         Pilih satu daripada berikut:

                                         PXGZ 6102     Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6103     Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
                                         PXGZ 6104     Penyelidikan Tinjauan
                                         PXGZ 6105     Penyelidikan Pengajian Masa Depan
                                         PXGZ 6106     Penyelidikan Eksperimen

                                 (ii)    Dua (2) kursus Wajib Bidang Pengkhususan yang setiap satunya
                                         berjumlah tiga (3) kredit;
                                 (iii)   Satu (1) kursus Pilihan Bidang Pengkhususan berjumlah tiga (3) kredit;
                                         dan

                                 (iv)    Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit.

                          (b)    Program secara Penyelidikan.

                                 Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
                                 penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
                                 pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).

                   (2)    Butir-butir  kursus  yang  ditawarkan  adalah  seperti  mana  yang  diluluskan  oleh  Senat  dari
                          semasa ke semasa atas perakuan Fakulti dan dimaklumkan kepada calon pada permulaan
                          setiap sesi.

                   (3)    Senarai kursus yang diluluskan untuk program ijazah Sarjana Teknologi Pengajaran secara
                          Kursus  dan  Penyelidikan  adalah  seperti  mana  yang  dinyatakan  dalam  Senarai  1.  Calon
                          hendaklah dimaklumkan mengenai kombinasi kursus yang perlu didikuti bagi program ini
                          sebelum pendaftaran permulaan.










                                                                                          263
   305   306   307   308   309   310   311   312   313   314   315