Page 315 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 315

(2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                          Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6)  atau TOEFL  (Test as a Foreign  Language)  skor lima ratus dan  lima puluh  (550)  jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;

                                                       atau

                          Lulus kursus Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pihak universiti sebelum calon
                          mendaftar.

            3.     Tempoh Pengajian

                   Tempoh minimum pengajian bagi program ijazah Sarjana Pendidikan Matematik dengan Teknologi
                   Komunikasi dan Maklumat adalah seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat  program  adalah  untuk  menghasilkan  graduan  yang  kelayakan  dan  berkemahiran  tinggi
                   untuk menghasilkan graduan yang berpengetahuan, berkemahiran dan berupaya menjadi pemangkin
                   kepada perkembangan dan perubahan dalam pendidikan matematik berteraskan ICT, berkebolehan
                   untuk  membuat  keputusan    yang  tepat  dan  berkesan  dalam  perkara  yang  berkaitan  dengan
                   pendidikan  matematik    berlandaskan  ICT,  berkebolehan  untuk  member  sumbangan  yang  produktif
                   kepada  pembangunan  pendidikan  matematik    dan  penggunaan  ICT  dalam  pendidikan  matematik,
                   berkebolehan  untuk  menilai  penulisan  ilmiah  tentang  pendidikan  matematik  dan  penggunaan  ICT
                   dalam pendidikan dengan berkesan dan berkebolehan untuk menjalankan penyelidikan berdaya maju
                   dalam pendidikan matematik berlandaskan ICT.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di akhir program pelajar dapat;

                      PO1    Menguasai  pengetahuan  tentang  aplikasi  ICT  dalam  pendidikan  matematik  dan
                             perkembangan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran matematik berbantukan ICT;
                             Mengaplikasi pelbagai teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
                      PO2    berlandaskan ICT serta menjalankan penyelidikan yang relevan dengan cekap dan
                             berkesan;
                             Memberi  sumbangan  positif  dalam  memenuhi  tanggungjawab  sosial  yang  berkaitan
                      PO3    dengan penggunaan ICT dalam pendidikan matematik baik dalam arena tempatan dan
                             antarabangsa;
                             Mengamalkan  nilai  murni,  sikap  positif,  dan  etika  profesionalisme  dalam  bidang
                      PO4    perguruan dan kehidupan seharian;

                      PO5    Menggunakan  pengetahuan  matematik  dan  teknologi  untuk  memperkukuhkan
                             komunikasi, meningkatkan kepimpinan dan mengembangkan keupayaan untuk bekerja
                             berpasukan;


                                                                                          268
   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320