Page 314 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 314

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK DENGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT

                           KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010

            Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat

            1.     Jenis Program

                   Jenis  program  ijazah  Sarjana  Pendidikan  Matematik  dengan  Teknologi  Komunikasi  dan  Maklumat
                   yang ditawarkan adalah seperti berikut :

                   (1)    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan
                          perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.

                   (2)    Program  secara  Penyelidikan,  iaitu  program  pengajian  secara  penyelidikan  sepenuhnya
                          yang membawa kepada penghasilan disertasi.

            2.     Syarat Kemasukan

                   (1)    Kelayakan Masuk.

                          (a)    Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan kepujian atau yang setaraf
                                 dengannya dalam pengkhususan Matematik;

                          atau

                          (b)    Ijazah Sarjana Muda berasaskan Matematik dengan kepujian atau yang setaraf
                                 dengannya; dan

                                 (i)     Diploma Pendidikan pasca ijazah;

                                 atau

                                 (ii)    Kelayakan mengajar yang profesional;

                                 atau

                                 (iii)   Pengalaman  mengajar  yang  berkaitan  dari  institusi  pendidikan  yang
                                         diiktiraf oleh Senat;

                                 atau

                          (c)    Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang  diiktiraf;

                          atau

                          (d)    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.





                                                                                          267
   309   310   311   312   313   314   315   316   317   318   319