Page 321 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 321
PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN SAINS DENGAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2010
Ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat
1. Jenis Program
Jenis program ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan Maklumat yang
ditawarkan adalah seperti berikut :
(1) Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan
perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan disertasi.
(2) Program secara Penyelidikan, iaitu program pengajian secara penyelidikan sepenuhnya
yang membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
(1) Kelayakan Masuk.
(a) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan kepujian atau yang setaraf
dengannya dalam pengkhususan Sains;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda berasaskan Sains dengan kepujian atau yang setaraf
dengannya; dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah;
atau
(ii) Kelayakan mengajar yang profesional;
atau
(iii) Pengalaman mengajar yang berkaitan dari institusi pendidikan yang
diiktiraf oleh Senat;
atau
(c) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
(d) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa
274