Page 323 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 323
PO4 Mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan etika profesionalisme dalam bidang
perguruan dan kehidupan seharian;
PO5 Menggunakan pengetahuan sains dan teknologi untuk memperkukuhkan komunikasi,
meningkatkan kepimpinan dan mengembangkan keupayaan untuk bekerja berpasukan;
PO6 Meningkatkan kemahiran berfikir dan bertindak secara saintifik serta mengukuhkan
kemahiran menyelesaikan masalah yang membabitkan sains dan ICT;
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang
berkaitan dengan pendidikan sains; dan
PO8 Mewujudkan jaringan tempatan dan global dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi
meningkatkan kualiti pendidikan sains dengan ICT.
6. Struktur Program
(1) Program pengajian ijazah Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Komunikasi dan
Maklumat ditawarkan dalam dua mod iaitu secara Kursus dan Penyelidikan berjumlah lima
puluh lapan (58) kredit dan secara Penyelidikan.Butir-butirnya adalah seperti berikut:
(a) Program secara Kursus dan Penyelidikan.
(i) Dua (2) kursus Teras Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga (3)
kredit;
Kursus Teras Fakulti
PXGZ 6101 Penyelidikan dalam Pendidikan; dan
Pilih satu daripada berikut:
PXGZ 6102 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan
PXGZ 6103 Penyelidikan Kualitatif dalam Pendidikan
PXGZ 6104 Penyelidikan Tinjauan
PXGZ 6105 Penyelidikan Pengajian Masa Depan
PXGZ 6106 Penyelidikan Eksperimen
(ii) Dua (2) kursus Wajib Bidang Pengkhususan yang setiap satunya
berjumlah tiga (3) kredit;
(iii) Satu (1) kursus Pilihan Bidang Pengkhususan dari Fakulti Pendidikan
yang berjumlah tiga (3) kredit;
(iv) Satu (1) kursus Pilihan Bidang Pengkhususan dari Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat yang berjumlah tiga (3) kredit; dan
(v) Disertasi yang berjumlah empat puluh (40) kredit.
(b) Program secara Penyelidikan.
Program ini dijalankan secara penyelidikan sepenuhnya yang membawa kepada
penghasilan Disertasi. Walau bagaimanapun calon disyaratkan mengikuti kursus
pengenalan kepada Penyelidikan dalam Pendidikan (PXGZ 6101).
276