Page 328 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 328
PAGS 6103 INTERPRETASI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar perkaitan di antara sosiologi dengan
pendidikan. Perkaitan ini akan melengkapkan pelajar dengan kefahaman asas dan kritis terhadap tingkah laku
sosial manusia dalam amalan pendidikan di sekolah. Perkaitan ini akan dibincangkan dalam konteks makro dan
mikro bersabit dengan proses pendidikan di sekolah.
Antara tajuk yang akan dibincangkan adalah aliran pemikiran utama; tinjauan terhadap proses pendidikan dan
perkembangan kurikulum; kurikulum tersembunyi dan isu-isu bilik darjah seperti gender, ras, kerjaya dan lain-
lain.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan ( Forum Kelas; Tugasan; Pembentangan): 70%,
Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama/Main References
Banks, O. (2006) Sosiologi Pendidikan (Terjemahan:Robiah Sidin & Zaiton Sidin) KL; Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Chew, S.B, Lee K.H., & Quek, A.H. (Eds) (2005). Education & Work: Aspiration of Malaysian Secondary School
Students. Kuala Lumpur: UM Press.
Quek A.H. (2003) The Social Psychology of Career, Kuala Lumpur: Lingua Sdn.Bhd.
Lee K.H., Quek, A.H. & Chew, S.B. (Eds.) (2001). Education & Work: The State of Transition. Kuala Lumpur:
UM. Press.
Moore, W.E.(1986) Perubahan Sosial (Terjemahan: Cheu, H.T.) KL; Dewan Bahasa dan Pustaka.
PAGS 6106 PENGANTAR FALSAFAH PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar bagi mengenalpasti teori-teori pendidikan utama
Barat yang mempengaruhi perkembangan falsafah pendidikan dunia termasuk Malaysia. Disamping
mendedahkan sorotan sejarah perkembangan teori-teori ini, hujah menyokong dan menentang pernyataan atau
pemahaman aliran-aliran falsafah pendidikan tersebut akan dibincangkan. Perbandingan akan turut
dibincangkan iaitu antara falsafah pendidikan Barat dan bukan Barat seperti Falsafah Pendidikan Islam.
Penekanan perbincangan tertumpu kepada aplikasi teori dan amalan aliran-aliran falsafah pendidikan yang
wujud pada masa kini khususnya di Malaysia.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan ( Tugasan; Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Abdul Fattah hasan (2007). Mengenal Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Mortimer, J.A (1999). The Great Ideas : A Lexion of Western Thought. London : Routledge.
Noddings, N. (1995). Philisophy of education. Colorado. Westview Press.
Al-Syaibani, Omar (1991). Falsafah Pendidikan Islam. Terj. Hassan Langgulung. Shah Alam: Hizbi.
Al-Attas, S.M. Naquib (1980). The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur: ABIM.
281