Page 329 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 329

PAGS 6107      ANALISIS FALSAFAH DALAM PENDIDIKAN                     3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar apakah yang difahami dengan aktiviti berfalsafah.
            Befalsafah  melibatkan  usaha  mendapatkan  gambaran  asas  tentang  keberadaan  makna  dan  penggunaan
            perkataan, konsep disebalik perkataan dan tentang alasan serta hujah agar  isu-isu yang melibatkan falsafah
            pendidikan dapat dibincangkan dengan jitu. Penekanan khusus akan diberikan  kepada persoalan konseptual
            melalui analisis linguistik, analisis kkonsep atau ordinary language philosophy. Apabila kaedah ini diaplikasikan
            dalam  pendidikan,  ia  akan  melibatkan  analisis  konsep-konsep  utama  seperti  pendidikan,  pengajaran,
            pembelajaran, indoktrinisasi, kreativiti dan pemikiran kritis.

            Kaedah Penilaian         : Penilaian Berterusan (Tugasan,Ujian, Pembentangan) : 60%,
                                   Peperiksaan : 40%

            Bahasa Pengantar        : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Heaven,  Patrick  C.  L.(2006).  Contemporary  Adolescence:  A  Social    Psychological  Approach.  Hong
                   Kong:Macmilan
            Shoemaker, Donal J.(2000) Theories of Delinquency: An Examination of Explanations of Delinquent Behavior.
                   Oxford New    York: University Press.
            Burton, John (1997).Violence Explained. Manchester: Mancherster  University Press.


             PAGS 6108     KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM                              3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  bertujuan  untuk  memberi  pengetahuan  yang  mendalam  kepada  pelajar  tentang  definisi
            kurikulum   secara  menyeluruh  dan  kaitannya  dengan    Pendidikan  Islam; menganalisis    teori-teori  kurikulum
            serta sejarah kurikulum Pendidikan Islam; mengkaji perancangan dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Islam
            di  Malaysia  diperingkat  sekolah  dan  universiti;  mengenalpasti  isu-isu  berkaitan  kurikulum  Pendidikan  Islam;
            merumus kajian-kajian berkaitan kurikulum Pendidikan Islam dalam dan luar negara dan akhirnya pelajar dilatih
            untuk merekabentuk kurikulum Pendidikan Islam untuk kegunaan pada masa hadapan.

            Kaedah Penilaian       : Penilaian berterusan (Forum kelas; tugasan; pembentangan): 70%,
                                    Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama
            Al-Jarisyah, A. (2009). Nahwa nazariyyah li al-tarbiyyah al-Islamiyyah. Dar al-Tadhamun li al-Tiba’ah.
            Ornstein, A.C. & Hunkins. (2008). Curriculum, foundation, principles and issues. Boston : Allyn & Bacon.
            Abu  Bakar  Nordin  &  Ikhsan  Othman.  (2003).  Falsafah  pendidikan  dan    kurikulum.  Tanjung  Malim:Quantum
                   Books.
            Suzalie Mohamad. (2003). Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM.
            Sowell, E.J. (2000). Curriculum: An Integrative Introduction. New Jersey: Prentice Hall.




                                                                                          282
   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334