Page 330 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 330

PAGS 6109   PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM                        3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada falsafah dan konsep asas yang diaplikasikan
            dalam  penyelidikan  sebagai  satu  proses  penting  bagi  perkembangan  disiplin  Pendidikan  Islam.  Fokus
            perbincangan kursus meliputi teori serta kaedah asas penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam pendidikan
            dengan  mengetengahkan  pelbagai  rekabentuk  penyelidikan  berkaitan  seperti  tinjauan,  eksperimental,  kajian
            kes, kajian tindakan, pensejarahan dan sebagainya. Pelajar juga akan dilatih menganalisis penggunaan kaedah
            tersebut serta prinsip penyelidikan berkaitan dalam kajian-kajian Pendidikan Islam yang telah dijalankan. Pelajar
            akan mengaplikasi pengetahuan diperolehi melalui penyediaan kertas cadangan penyelidikan serta penyelidikan
            mikro yang akan dilaksanakan bagi memenuhi keperluan kursus ini. Perbincangan kursus turut mengambilkira
            perspektif  tradisional  bagi  memastikan  kerangka  falsafah  penyelidikan  dalam  Islam  tidak  diabaikan  dalam
            melaksanakan penyelidikan kontemporari.

            Kaedah Penilaian        : Penilaian berterusan (Forum kelas; tugasan; pembentangan): 70%,
                                     Peperiksaan:  30%
            Bahasa Pengantar       : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama
            Al-Asad, Nasiruddin (2009). Tasawwurat Islamiyyah fi al-Ta’lim al-Jami’iyy wa al-Bahs al-Ilmiyy. Amman: Rawa’i
                   Majdlawi
            Al-Nashshar, Ali Saami (2009). Manahij al-Bahs ‘ind Mufakkiri al-Islam, Beirut : Dar al-Nahdhah al- Arabiyyah
            Cresswell, J.W (2008) Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative
                   research 3   Edition. : Pearson/Merrill Prentice Hall
                           rd
            Cresswell, J.W (2008) Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches -3  Edition.
                                                                                      rd
                   California: Sage   Publications
            Suzalie Mohamad (2003). Memahami Isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur : IKIM
            Neuendorf, K.A (2001). The Content Analysis Guidebook. New York: Sage Publication.

              PAGS 6110   KURIKULUM PENDIDIKAN NILAI                               3 KREDIT

            Sinopsis
                   Kursus  ini  bertujuan  untuk  membolehkan  pelajar  mengkaji  dan  memahami matlamat,  objektif  dan
            organisasi kurikulum program pendidikan nilai dalam sistem pendidikan sekolah dan institusi pengajian tinggi.
            Antara topik yang akan dibincangkan adalah matlamat program pendidikan nilai dalam konteks persekolahan
            dan institusi pengajian tinggi, objektif kurikulum pendidikan nilai, organisasi kurikulum, kandungan kurikulum dan
            implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran serta aspek pembaikan dan inovasi kurikulum. Tumpuan juga
            akan diberikan kepada kajian pelaksanaan program pendidikan nilai dalam sistem pendidikan di rantau Asia dan
            di negara-negara Barat.

            Kaedah Penilaian      : Penilaian berterusan (Forum kelas; Tugasan; Pembentangan): 70%,
                                     Peperiksaan:  30%
            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Vishalache Balakrishnan (2009). Pendidikan Moral untuk universiti dan kolej. Subang Jaya: Arah   Pendidikan
            Power, C.F, Nuzzi, R.J., Narvaez, D., Lapsley, D.K. &  Hunt, T.C. (eds) (2007). Moral education [Two Volumes]:
            A handbook.Greenwood Publishing Group, Incorporated.
            Chang Lee Hoon, Norani Mohd Salleh, Wan Hasmah Wan Mamat & Vishalache Balakrishnan (Eds.), AsiaPacific
            Moral, Civic and Citizenship Education. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.
                                                                                          283
   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334   335