Page 332 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 332
PAGS6113 REKABENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN SENI 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini meneroka perspektif sejarah dan semasa tentang perkembangan seni kanak-kanak.
Tujuannya, antara lain, adalah untuk mengesan hubungan antara pertumbuhan intelek kanak-kanak dengan
kebolehan kreatif dan bertindak balas terhadap seni. Antara topik utama yang dibincangkan ialah sejarah dan
teori seni kanak-kanak, ciri dan perkembangan strategi kanak-kanak dalam seni, dan kanak-kanak sebagai
pengkritik seni
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan; pembentangan, kajian lapangan): 70%,
Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Schiller, W. (2000) (ed.). Thinking through the arts. Singapore: Harwood Academic Publishers
Cox, M. (1992). Children’s drawings. London: Penguin Books
Golomb, C. (1992). The child’s creation of pictorial world. Berkeley, CA: University of California Press.
PAGS 6114 REKABENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN SAINS SOSIAL 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan yang mendalam kepada pelajar tentang asas utama
rekabentuk kurikulum dan kepelbagaian orientasi yang mempengaruhi perancangan kurikulum pendidikan sains
sosial yang meliputi disiplin Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi, Perakaunan dan Pendidikan Nilai/
Moral. Pelajar akan dibimbing untuk menganalisa kompleksiti dalam pembinaan kurikulum masa kini dan
kurikulum masa depan. Kajian terperinci akan dilakukan terhadap organisasi kurikulum pendidikan sains sosial
seperti penyusunan mengikut mata pelajaran atau disiplin, pendekatan berasaskan objektif, pendekatan
integrasi, pendekatan holistik, pendekatan spiral, pendekatan bertema dan lain-lain. Tumpuan juga akan
diberikan kepada perbincangan mengenai cabaran-cabaran baru dan pengaruhnya terhadap kurikulum
pendidikan sains sosial seperti perkembangan teknologi maklumat, globalisasi dan pembentukan modal insan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusaan (Pembentangan, Ujian, Tugasan) : 60%,
Peperiksaan : 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Allan C. Ornstein, Edward F. Pajak & Stacey B. Ornstein. (2009). Contemporary issues in curriculum. 4th.ed.
Boston: Pearson
Colin J. Marsh & George Willis (2007). Curriculum: Alternative approaches, ongoing issues. 4th ed. Merrill
Prentice Hall: Pearson.
Allan C. Ornstein & Francis P. Hunkins. (1998). Curriculum: Foundations, princilples, and issues. 3rd ed. Boston:
Allyn & Bacon.
Jackson P.W. (ed) (1992). Handbook for research in curriculum. New York: Mac Millan Publishing Company.
Shaver, J.S. (1991). Handbook on research on social studies, teaching and learning. New York: MacMillan.
285