Page 336 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 336
PAGS 6330 PENDIDIKAN KEWARGANEGARAAN DAN PATRIOTISME 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan pendidikan kewarganegaraan dan patriotisme. Antara topik yang akan dibincangkan ialah: konsep
berkaitan dengan pendidikan kewarganegaraan seperti sistem politik, ekonomi dan budaya, patriotisme,
integrasi kebangsaan, hak dan tanggungjawab, kepelbagaian budaya, keamanan dan harmonis sedunia (global
citizenship), program pendidikan kewarganegaraan dan patriotisme negara barat dan timur, dan masalah dan
isu dalam perkembangan pendidikan kewarganegaraan dan patriotisme khususnya di Malaysia seperti
kurikulum sekolah, latihan guru dan penyertaan komuniti.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan ( Tugasan; Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Rubin, B.C. & Giarelli, J.M. (edt).(2007) Civic education for diverse citizens in global times. New York:
Routledge.
Nazaruddin Haji Mohd Jali (2001). Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Petaling Jaya:
Prentice Hall.
Bailey, R. (2000). Teaching values and citizenship across the curriculum: Educating children to the world.
London: Kogan Page.
Davidson, A.J. & Stow, W. (2000). Social literacy: Citizenship education and the national curriculum. London:
Routledge Falmer.
PAGS 6332 PSIKOLOGI SENI 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini meneroka perspektif sejarah dan semasa tentang perkembangan seni kanak-kanak.
Tujuannya, antara lain, adalah untuk mengesan hubungan antara pertumbuhan intelek kanak-kanak dengan
kebolehan kreatif dan bertindak balas terhadap seni. Antara topik utama yang dibincangkan ialah sejarah dan
teori seni kanak-kanak, ciri dan perkembangan strategi kanak-kanak dalam seni, dan kanak-kanak sebagai
pengkritik seni
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Forum kelas; Tugasan; Pembentangan, Kajian Lapangan):
70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahsa Inggeris
Rujukan Utama
Schiller, W. (2000) (ed.). Thinking through the arts. Singapore: Harwood Academic Publishers
Cox, M. (1992). Children’s drawings. London: Penguin Books
Golomb, C. (1992). The child’s creation of pictorial world. Berkeley, CA: University of California Press.
289