Page 340 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 340
PAGS 6347 TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM PENDIDIKAN SAINS SOSIAL 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada kerangka asas teori berserta aplikasi
teknologi pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sains Sosial. Fokus perbincangan kursus
meliputi prinsip asas rekabentuk pengajaran yang menjadi latar bagi aplikasi teknologi pengajaran diikuti
pengenalan teknologi informasi dan komunikasi khususnya teknologi komputer, internet dan multimedia. Pelajar
akan dibimbing untuk mengaplikasi pengetahuan diperolehi melalui pembinaan bahan pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Sains Sosial bagi memenuhi keperluan kursus ini. Mereka juga akan menganalisis
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sedia ada di samping membincangkan cadangan penyelidikan yang
boleh dijalankan mengenai integrasi teknologi pengajaran dalam Pendidikan Sains Sosial dengan menggunakan
kaedah dan metodologi yang sesuai.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Forum kelas; tugasan; pembentangan): 70%,
Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Jamaludin Badushah, Abd. Rashid Johar & Muhammad Hussin (2009), Inovasi dan teknologi dalam pengajaran
dan pembelajaran, AJM Publishing Enterprise.
Lynch, P (2008). Web style: basic design principles for creating websites. Massachusetts: Yale University Press.
Kahn, B (2005). Web-based instruction. Washington DC: Educational Technology Publication.
Fallow, S. & Bhanot, R. (2002) Educational development through information and communications technology.
London: Kogan Page
Duffy, J.D., McDonald, J.B. & Mizell, A.P (2003). Teaching and learning with technology. Boston: Allyn and
Bacon.
Abd. Rahman Daud (1999), Teknologi pendidikan: konsep, peranan dan perkembangan. Selangor: Edusystem
Sdn. Bhd.
293