Page 345 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 345

PBGS 6109        PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA ARAB                               3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus  ini  mendedahkan  kepada  pelajar  teori  dan  konsep  kurikulum  secara  umumnya.  Setelah
            mengetahui konsep asas sesuatu kurikulum, pelajar dikehendaki menganalisis perkembangan dalam kurikulum
            dan membentangkan hasil analisis  kurikulum tersebut serta memberikan penilaian mereka kepada  kurikulum
            bahasa arab yang sedia ada. Pelajar dikehendaki mencadangkan  inovasi kurikulum terhadap kurikulum yang
            sedia ada dan membina kurikulum berdasarkan analisis dan inovasi yang dicadangkan.

            Kaedah Penilaian              : Penilaian berterusan (Ujian,Tugasan): 70%,  Peperiksaan : 30%

            Bahasa Pengantar          : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama
            Mohad Azzat, A.M (2009) Assasiyyat al-manhaj watanzimuhu. Kaherah : Dar Thaqafah.
            Ornstein, A.C & Hunkins (2008) Curriculum: Foundation, principles and issues. Boston: Allyn and Bacon.
            Richards, J.S (2007) Curriculum development in language teaching. Cambridge: Cambridge University Press.

             PBGS 6110            PRINSIP DAN AMALAN PENGAJARAN BAHASA ARAB                   3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang tabiat dan fungsi bahasa dalam pengajaran bahasa
            khususnya pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua.  Ia akan membincangkan teori-teori dan model
            pengajaran bahasa kedua untuk diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Arab.  Pelajar juga akan dapat
            berbincang tentang isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan perkembangan keupayaan bahasa,
            pendekatan dan teknik pengajaran dan juga pembinaan bahan-bahan pengajaran.
            Kaedah Penilaian        : Penilaian berterusan (Ujian,Tugasan): 70%,  Peperiksaan : 30%

            Bahasa Pengantar           : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab

            Rujukan Utama
            Brown, H.D. (2009). Principles  of Language Learning and Teaching. Prentice Hall Regent: San Francisco.
            Toimah, R.A (2008). Ta’lim al A’rabiah li Ghairi an Natiqin Biha. ISESCO : Rabat.
            Johnson, K. (2006). Introduction to Foreign Language Learning and teaching. Longman: London.



















                                                                                          298
   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350