Page 342 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 342

PAGS 6349   SOSIOLOGI PENDIDIKAN: PERSPEKTIF PERBANDINGAN           3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas sosiologi pendidikan daripada
            perspektif  Islam  dan  Barat.  Ia  akan membincangkan  tentang  prinsip-prinsip  yang menjadi  dasar  pandangan
            Islam dan Barat terhadap masyarakat serta ciri-cirinya. Ia akan meninjau beberapa aspek seperti institusi sosial,
            klasifikasi  kelompok  sosial,  pendidikan  kemasyarakatan,  nilai-nilai  sosial,  institusi-institusi  pendidikan  utama
            dalam proses sosialisasi dengan penekanan kepada institusi tradisional dan pembolehubah lain. Perbincangan
            akan  turut  menyentuh wacana  pemikiran  Islam  dan  Barat  mengenai  peranan  pendidikan  dalam  pembinaan
            sesebuah masyarakat serta tamadun. Pelajar juga akan dilatih untuk menganalisis secara kritikal isu-isu sosial
            kontemporari  berdasarkan  kerangka  pemikiran  sosiologi  Islam  dan  Barat.  Ia  bertujuan  untuk  membolehkan
            mereka mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi dengan  cara mengemukakan cadangan penyelesaian
            yang praktikal bagi menghadapi isu-isu tersebut dalam konteks lokal dan internasional. Perbincangan kursus
            turut memberi tumpuan kepada kaedah dan metodologi penyelidikan yang sesuai dalam manjalankan kajian
            sosiologi pendidikan perbandingan.

            Kaedah Penilaian         : Penilaian berterusan (Forum kelas; Tugasan; Pembentangan): 70%,
                                    Peperiksaan:  30%

            Bahasa Pengantar      : Bahasa Malaysia dan Bahsa Inggeris

            Rujukan Utama
            Abdul  Razak  Ahmad,  Rozita  Abdul  Latif,  Didin  Saripudin  (2008)  Masyarakat  dan  pendidikan:  perspektif
                   sosiologi, Kuantan:  Yayasan Istana Abdulaziz.
            Macionis, J.J (2008). Sociology, 12  ed., New Jersey: Pearson Education.
                                     th
            Saleh  Faghirzadeh  (2008)  Sosiologi  sosiologi,  (terj. Mohd  Fauzi  Yaacob),  Kuala  Lumpur:  Intitut  Terjemahan
                   Negara Malaysia
            El Mesawi, Mohamed Tahir (2007) A muslim theory of human society. Batu Caves:Thinker’s Library.
            Ballantine, J.H (2001) The sociology of education, a systematic anlysis, 5  ed., New Jersey: Pearson Education.
                                                                 th





























                                                                                          295
   337   338   339   340   341   342   343   344   345   346   347