Page 346 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 346
PBGS 6111 SEMINAR PENDIDIKAN BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini menyediakan pelajar dengan kemahiran untuk merangka, melaksana dan menghasilkan
laporan satu projek penyelidikan yang berkaitan dengan bidang pendidikan bahasa. Pelajar akan didedahkan
dengan kerangka konsep yang lengkap sebagai asas bagi melaksanakan projek penyelidikan, membuat kajian
literatur, merangka metodologi, mengumpul dan menganalisis data, dan membuat kesimpulan daripada hasil
penganalisisan data yang dilakukan. Pada akhir kursus ini pelajar akan dapat menghasilkan satu laporan
penyelidikan yang lengkap dengan tajuk yang dipilih mereka.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Perry, F (2005). Research in Applied Linguistics: Becoming a Discerning Consumer. Mahwah, New Jersey:
Lawrence Erlbaum Associates.
Mackey, A & Gass, S (2005). Second Language Research: Methodology and Design. Mahwah, New Jersey:
Lawrence Erlbaum Associates
PBGS 6112 PRINSIP DAN AMALAN PENGAJARAN BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek-aspek yang berkaitan
pengajaran dan pembelajaran bahasa. Sebagai pengenalan kursus ini akan membincangkan dengan
perkembangan dalam pengajaran pelbagai bahasa di Malaysia sejak negara mencapai kemerdekaan hinggalah
perkembangan terkini. Pelajar juga akan didedahkan dengan skop, falsafah dan metodologi serta pelbagai isu
yang berkaitan kajian dan amalan dalam pengajaran dan pemerolehan bahasa; meneliti dan mengkaji pelbagai
sumbangan dalam penyelidikan yang berhubung pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pelajar akan dibimbing
untuk membina pemetaan konsep serta kemahiran menganalisis dan memberikan pandangan yang kritis
terhadap isu yang berkaitan prinsip dan amalan dalam bidang pendidikan bahasa. Mereka digalakkan untuk
membuat aplikasi terhadap bidang pendidikan bahasa yang diceburi dengan mencari, mengumpul,
mengkategori, dan menganalisis maklumat daripada pelbagai sumber sepanjang kurusus ini dijalankan. Pelajar
juga akan melibatkan diri dengan bengkel dan seminar serta menyediakan dan membentangkan kertas penggal,
kertas pemikiran, dan folio reka bentuk kajian tentang prinsip dan amalan dalam pengajaran bahasa. Pada akhir
kursus, pelajar diharap dapat menghasilkan satu bentuk penulisan akademik yang bersesuaian dalam bidang
pendidikan bahasa.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Nik Hassan Basri Nik Ab Kadir (2003) Teori Bahasa; Implikasinya terhadap pengajaran tatabahasa. Tajung
Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mahzan Arshad (2003) Pendidikan Literasi Bahasa: Satu pendekatan bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
Gail E Thompkins (1998) Language arts: Content and teaching strategies. New Jersey: Prentice Hall.
299