Page 351 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 351
PBGS 6338 PERANCANGAN DAN POLISI DALAM PENDIDIKAN BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang konsep asas dalam bidang
sosiolinguistik. Pelajar akan berpeluang meneroka kepelbagaian dalam penggunaan bahasa dan kaitannya
dengan kepelbagaian budaya yang terdapat di negara ini. Pelajar kemudiannya berpeluang mengaitkan teori-
teori asas dalam bidang sosiolinguistik dengan amalan hidup seharian masyarakat di sekitar dan perkaitannya
dengan sistem pendidikan di negara ini. Kursus ini juga akan membuka peluang kepada pelajar untuk
menjalankan kajian lapangan yang berkaitan kepelbagaian penggunaan bahasa di negara ini.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Awang Sariyan. (2006). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. Edisi kedua. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Razak Abdullah Baginda. (2005). Education in Multicultural Societies: Perspectives on Education in
Malaysia. London: ASEAN Academic Press.
Holmes. J. (2001). An Introducation to Sosiolinguistics. Edinburgh. Harlow: Pearson Education Limited.
Asmah Haji Omar. (1993). Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
PBGS 6339 KESUSASTERAAN DALAM PENGAJARAN BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang bahan sastera bagi meningkatkan
penguasaan bahasa. Untuk itu, kursus ini akan tumpukan perhatian kepada pelbagai pendekatan dan teknik
yang bersesuaian supaya pelajar berminat terhadap bahan sastera. Para pelajar perlu mengembangkan teknik
melatih kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran bahan sastera. Isu dan masalah
dalam pengajaran bahan sastera akan dibincang untuk dicari cara penyelesaiannya. Seterusnya para pelajar
juga dikehendaki merangka dan membentangkan modul pengajaran yang berkesan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina
Rujukan Utama
Talib Samat. (2004). Memahami Isu-isu Kesusasteraan, Kebudayaan, Pemikiran dan Pendidikan. Shah Alam:
Karisma Publications.
Kamarudin Husin. (1988). Kaedah Pengajaran Kesusasteraan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Othman Puteh (pngr.). (2000). Pengajaran Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
304