Page 356 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 356
PDGS 6324 KEWANGAN DALAM PENDIDIKAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini akan memfokus kepada konsep, sejarah pembangunan dan pendekatan kewangan
pendidikan dan juga pengurusan kewangan sekolah. Topik-topik yang akan dibincangkan: pembangunan
kewangan pendidikan di Malaysia dan negara sendiri, kos dan faedah pelaburan dalam pendidikan dan
pembangunan ekonomi, membiayai kewangan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi
di negara-negara maju dan membangun, dan pelbagai alternatif dan isu dalam membiayai pendidikan. Kursus
ini juga akan membincangkan sistem bajet sekolah, peruntukan dan prosedur kewangan, sistem perakaunan
dan audit sekolah juga prosedur dan isu-isu dalam kewangan sekolah juga akan dibincangkan secara terperinci.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (pembentangan dan tugasan): 60 %, Peperiksaan: 40 %
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Shahril@ Charil Marzuki (2005). Mengurus dan membiyai pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS
Publication & Distributer Sdn. Bhd.
Shahril@ Charil Marzuki (2005). Mengurus kewangan sekolah. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distribter Sdn.
Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Garis Panduan Perakunan dan Kewangan Sekolah. Kuala Lumpur:
Percetikan Nasional.
Burrup,P. E et al (1996). Financing Educaion in a climate of change. London: Allyn & Bacon.
Alexander & Almon R. (1995). Public school finance. London, Allyn & Bacon.
PDGS 6325 POLITIK DAN DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini memfokuskan kepada perkembangan politik, agenda politik dan agenda dasar pendidikan
dalam proses pembangunan social, ekonomi, politik dan budaya di Malaysia antara tahun 1950-an hingga
dekad 2000-an. Nilai-nilai politik dalam masyarakat dan nilai-nilai dasar pendidikan turut dibincangkan. Prinsip-
prinsip penting ialah utilitarianisme, libertarinisme, pragmatism, ketauhidan, konfusianisme dan gandhisme.
Kitaran dasar yang dibincangkan meliputi peringkat pengenalan isu dan masalah, peringkat penggubalan,
peringkat pelaksanaan dan peringkat penilaian.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan ( pembentangan, tugasan dan ujian): 100 %
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Michael Omi & Howard Winant (2006). Racial formation in the United States. Routledge: New York.
Barry Buttermore (2003). Political sociology. Minneapolis: University of Minnesota Press.
Robert N. Bellah et al (2002). The good society. Vintage Book : New York.
Sufean Hussain (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: Teori dan analisis. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa and Pustaka.
INTAN (2001). Dasar-dasar pembangunan Malaysia. Kuala Lumpur : INTAN.
309