Page 360 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 360

PJGS 6310          PENGURUSAN KURIKULUM                                                                 3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus direkabentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada proses pelaksanaan kurikulum, asas teori
            yang digunapakai, masalah yang mungkin dan juga biasa dihadapi dan strategi serta pendekatan yang boleh
            digunakan  bagi  menyelesaikan  masalah  dan  membolehkan  pelaksanaan  berjalan  lancar..  Antara  tajuk  yang
            dibincangkan  ialah  kes-kes  pelaksanaan  dalam  pelbagai  senerio  perubahan  kurikulum,  teori  dalam
            perancangan sebagi landasan menentukan strategi pelaksanaan, faktor dalam masalah pelaksanaan kurikulum,
            langkah dalam menetukan pendekatan yang efektif dalam mengatasi masalah pelaksanaan, sumber data dan
            pencerakinannya  dalam membantu  proses  pelaksanaan,  dan  perkembangan  professional  serta    arah  aliran
            dalam pelaksanaan kurikulum dimasa akan datang.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (Ujian,Laporan, Pembentangan Tugasan): 70%,
                                      Peperiksaan : 30%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Saedah Siraj (Ed). (2000). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan. Kuala Lumpur:  Alam Pintar Entp.
            Sowell, E. J. (2000) Curriculum: An integrative introduction. Upper Saddle River: Merill.
            Wiles, J. & Bondi, J. (1998) Curriculum Development: A guide to practice. Upper Saddle River: Merill.

              PMGC 6101   TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN         3 KREDIT
                         MATEMATIK

            Sinopsis

                   Kursus  ini  direkabentuk  untuk  memberi  pelajar  pengetahuan  tentang  teknologi  pengajaran  seperti
            komputer  dan  kalkulator  grafik.  Pelajar  juga  diberi  pendedahan  tentang  teori  berkaitan  dengan  komunikasi,
            kemahiran  berfikir  dan  kemahiran  penyelesaian  masalah.  Pengalaman  secara  praktikal  juga  diberi  bagi
            memantapkan pendidikan matematik.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 60%,  Peperiksaan:  40%

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Inggeris

            Rujukan Utama
            Noraini Idris, Daniel, E.S.G. & Rohaida Mohd. Saat. (2004). Teknologi dalam pendidikan sains dan  matematik.
            Kuala Lumpur:    Penerbit Universiti Malaya.
            Burton,  L.  &  Kowaoski,  B.  (1995).  Technology  in  mathematics  teaching  –  a  bridge  between  teaching  and
                   learning. NY:    Chartwell-Bratt Publishing.
            Jonassen, D. (1995). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. NJ: Prentice Hall.











                                                                                          313
   355   356   357   358   359   360   361   362   363   364   365