Page 362 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 362
PMGS 6102 REKABENTUK DAN PERANCANGAN KURIKULUM DALAM 3 KREDIT
PENDIDIKAN MATEMATIK
Sinopsis
Kursus ini bertumpu kepada proses dalam kurikulum matematik yang berkaitan dengan identifikasi
matlamat, pengembangan program, pelaksanaan, dan penilaian. Asas sejarah, falsafah, dan sosiologi bagi reka
bentuk dan perancangan kurikulum dalam pendidikan matematik akan dibincangkan. Kursus ini juga akan
meneliti kurikulum matematik sekolah rendah dan menengah, dengan penekanan kepada bentuk program masa
kini, aliran semasa dalam reka bentuk dan isi kandungan, skop dan susunan, inovasi, dan proses reformasi.
Tumpuan juga adalah kepada usaha mengenal pasti isu dan masalah bagi tujuan penyelidikan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (ujian, tugasan): 60% Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Keeley, P. & Rose, C.M. (Eds). (2006). Mathematics curriculum topics study: Bridging the gap between
standards and practice. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.
Pinar, W.F. (Ed.). (2003). International handbook of curriculum research. Mahwah, NJ: Lawren ce Erlbaum
Associates.
National Council of Teachers of Mathematics (2000). Principles and standards for pschool mathematics. Reston,
VA: NCTM.
Nik Azis, N.P. (1995). Penghayatan matematik KBSR dan KBSM: Agenda tindakan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
PMGS 6120 PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SAINS 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar kepada ciri, skop dan pelbagai model penyelidikan dalam
pendidikan sains serta kelebihan dan kelemahan setiap satu model dan alternatifnya. Bidang penyelidikan yang
terkini dalam pendidikan sains akan diulas. Kajian kuantitatif dan kualitatif tertentu akan dipilih untuk analisis
kritikal agar membolehkan pelajar memperoleh kefahaman yang lebih mendalam tentang reka bentuk dan
metodologi penyelidikan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Gall, M. D., Gall, J. P., & Borg, W. R. (2006). Educational research: An introduction (8th ed.). Boston: Pearson
Allyn & Bacon.
Creswell, J. W. (2002). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (2nd ed.).
Beverly Hills, CA: Sage.
Bordens, K.S. & Abbott, B.B. (2001). Research Design and Methods. Wadsworth: Australia
315