Page 364 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 364
PMGS 6130 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mengkaji dan memahami matlamat dan objektif
kurikulum program pendidikan kesihatan dalam sistem pendidikan serta pembentukan dan perkembangan
kurikulum tersebut bagi setiap peringkat persekolahan. Antara topik yang akan dibincangkan adalah matlamat
program Pendidikan Kesihatan dalam konteks persekolahan, objektif kurikulum Pendidikan Kesihatan,
perkembangan kurikulum, kandungan kurikulum, implikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran serta aspek
pembaikan dan inovasi kurikulum. Tumpuan juga akan diberikan kepada mengkaji program Pendidikan
Kesihatan dalam sistem pendidikan di rantau Asia dan Negara Barat.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian,Tugasan):60%, Peperiksaan : 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan (semakan) dan huraian
sukatan pelajaran Pendidikan Kesihatan Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Mahoney, B. (1991). Teaching tips to accompany core concepts in health. California: USA.
Centres for Disease Control & Prevention (1995). A planned approach to community health: Guide for the local
coordinator. Atlanta, G.A: U.S. Department of Health and Human Servives.
PMGS 6131 PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini menyediakan kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan matlamat dan tujuan
penyelidikan di samping pendedahan dari segi format penulisan penyelidikan berkaitan dengan isu-isu
pendidikan kesihatan di sekolah. Selain dari itu, pengurusan, pengelolaan dan pelaksanaan penyelidikan
dijalankan di sekolah untuk menghasilkan satu hasil penulisan yang mantap mengikut format yang telah
ditetapkan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian,Tugasan):60%, Peperiksaan : 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Gall, M. D., Gall, J. P., & Borg, W. R. (2006). Educational research: An introduction (8th ed.). Boston: Pearson
Allyn & Bacon.
Creswell, J. W. (2002). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches (2nd ed.).
Beverly Hills, CA: Sage.
317