Page 359 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 359
PJGS 6306 PENDEKATAN DALAM PENILAIAN KURIKULUM 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus direkabentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada model-model penilaian kurikulum bagi
membolehkan sesuatu, proses perancangan, rancangan, dan pelaksanaan sesuatu projek kurikulum didianalisis
dan dinilai dalam konteks sesuatu situasi. Menerusi maklumat yang diperolehi pelajar akan mampu melihat
kesahihan maklumat bagi tujuan sesuatu keputusan dibuat. Antara tajuk yang dibincangkan ialah kerangka teori
kepada model-model penilaian, pelbagai model penilaian, kekuatan dan kelemahan sesuatu model sebagai
landasan menilai kurikulum, sumber maklumat, verifikasi maklumat, pencerakinan maklumat, tatacara dalam
menilai, konstren dan masalah dalam proses menilai dan solution yang berkemungkinan dikemukakan, dan
positioning diri sebagi seorang penilai professional kurikulum.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian,Laporan, Pembentangan Tugasan): 70%,
Peperiksaan : 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Alkin, M. C. (2004). Evaluation roots: Tracing theorists’ views and influences. Thousand Oaks, CA: Sage.
Stake, R. E. (2004). Standards-based and responsive evaluation. Thousand Oaks, CA: Sage.
Rossi, P. H., Lipsey, M. W., & Freeman, H. E. (2003). Evaluation: A systematic approach (7 ed.). Newbury
th
Park, CA: Sage.
PJGS 6308 PERSPEKTIF PERBANDINGAN DAN GLOBAL DALAM KURIKULUM 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini direkabentuk untuk memperkenalkan pelajar kepada kajian perbandingan terhadap sIstem
Pendidikan pelbagai Negara. Fokus akan diberikan kepada aspek-aspek berikut: Isu-isu metodologi di dalam
kajian komparatif faktor-faktor yang mempengaruhi sistem pendidikan masa kini; teori dan penyelidikan di dalam
perbandingan kurikulum dan analisis isu-isu terkini tentang kualiti pendidikan teruma dalam rakabentuk
kurikulum.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian,Laporan, Pembentangan Tugasan): 70%,
Peperiksaan : 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Parkay, F.W., Hass, G. J. and Anctil, E. J. (2010). Curriculum leadership: Ready for developing quality
educational programs (9 ed). Boston: Pearson Education.
th
Omstein, A.C. &Hunchins, F.P. (2009). Curriculum foundation: Principles and issues (5 ed). Boston: Pearson
th
Education.
Stark, J.S & Lattuca, L.R. (1997). Shaping the college curriculum: Academic plans in action. Massachussetts:
Ally & Bacon
312