Page 355 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 355

PDGS 6102            PERANCANGAN PENDIDIKAN                                                                3 KREDIT

            Sinopsis

                   Kursus ini akan memberi gambaran tentang trend terkini dalam perancangan pendidkan terutamanya
            berhubung konsep, proses dan teknik-teknik serta pendekatan dalam perancangan pendidikan. Topik-topik yang
            akan dibincangkan  adalah pendekatan permintaan, perancangan tenaga  kerja, kadar pulangan, analisis kos-
            faedah dan kos-keberkesanan dan lain-lain pendekatan yang boleh diaplikasi di Malaysia dan negara-negara
            lain. Teknik-teknik dan model bagi perancangan pendidikan akan diperbincang. Lain-lain aspek perancangan
            pendidikan juga terlibat seperti permintaan dan penawaran guru-guru, pendidikan vokasional dan teknikal dan
            juga pendidikan swasta. Perancangan penyebaran dan pengurusan berasaskan sekolah, perancangan strategik
            dalam  organisasi  pendidikan,  kos  dan  pembiayaan  pembangunan  pendidikan  dan  isu-isu  perancangan
            pendidikan akan diperbincang secara terperinci.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (pembentangan dan tugasan): 60 %,  Peperiksaan: 40 %

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Thomas Welsh & Noelf. Mc Ginn (2009). Decentralization of education, why, when…Paris, UNESCO: IIEP.
            Zainal Abidin Mohamad (2009). Strategic management in education sector. Serdang: UPM Press
            Ministry of Education, Malaysia (2006). The Education Blueprints (2006-2010) or Pelan Induk Pembangunan
                   Pendidikan, (PIPP) (2006-2010). Kuala Lumpur: KPM.
            Forojalla S.B. (2001). Educational planning for development. London: Dt   Martin Press.
            Ministry  of  Education  Malaysia  (2001).  The  Educational  Development  Plan  2001-2010.  Kuala  Lumpur:  The
                   National Printer.
            Psacharopoulos (2000). Economics of education. N.York:  Pergamon Press.

            PDGS 6306         PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PENDIDIKAN                         3 KREDIT

            Sinopsis

                   Di  antara  pendidik-pendidik  profesional  yang  berkhidmat  dalam  perkhidmatan  pendidikan,  peranan
            pengurus sumber manusia adalah unik. Gerakerja sekolah, berbeza dengan pengurusan penrniagaan kerana ia
            berasaskan sumber manusia – dilengkapkan terutamanya daripada manusia. Oleh yang demekian, pengurusan
            sumber manusia merupakan pusat kepada proses pengurusan sekolah awam, universiti dan  lain-lain agensi
            pendidikan. Fokus kursus ini adalah memeriksa strategi jangka panjang di dalam pengurusan sumber manusia
            untuk membantu menarik, mengekal dan membina individu-individu didalam sistem persekolahan, universiti dan
            juga  lain-lain  agensi  pendidikan  untuk  mencapai  matlamat  keseluruhan  organisasi-organisasi  tersebut.  Ini
            disempernakan  melalui  sumber  manusia/  fungsi  individu  di  dalam meramal  keperluan  tenaga  kerja,  latihan,
            pemilihan, induksi, penilaian, pembangunan, ganjaran, kawalan, perundingan dan maklumat.

            Kaedah Penilaian     : Penilaian berterusan (pembentangan dan tugasan): 60 %,  Peperiksaan: 40 %

            Bahasa Pengantar     : Bahasa Malaysia

            Rujukan Utama
            Young, P (2007). The human resource function in educational administration. New Jersey: Prentice Hall.
            French, Wendell (2004). Human resource management. Boston: Houghton Mifflin.
            Dessler, Gary (2002). Essentials of human resource management. New Jersey: Prentice Hall.
                                                                                          308
   350   351   352   353   354   355   356   357   358   359   360