Page 358 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 358
PJGS 6303 APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada prinsip dan amalan teknologi pengajaran
untuk membolehkan ia diaplikasikan dalam pengajaran subjek tertentu. Pelajar akan menganalisis literatur
tentang penggunaan teknologi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Secara berkumpulan, pelajar
akan mencadangkan penggunaan teknologi dalam kurikulum sedia ada yang dipilih.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 70%, Peperiksaan : 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Roblyer, M.D. and Doering, A.H. (2010). Integrating educational technology into teaching. USA: Allyn & Bacon.
Jonassen, D.H. (2006). Modeling with technology: Mindtools for conceptual change. USA: Allyn & Bacon.
PJGS 6305 PELAKSANAAN DAN PERUBAHAN KURIKULUM SEKOLAH 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini direkabentuk bagi memperkenalkan pelajar kepada proses pelaksanaan kurikulum dan
asas teori yang digunapakai, masalah, strategi pendekatan yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah
dan membolehkan pelaksanaan berjalan lancar. Antara tajuk yang dibincangkan ialah kes-kes pelaksanaan
dalam pelbagai senario perubahan kurikulum, teori dalam perancangan sebagai landasan menentukan strategi
pelaksanaan, masalah pelaksanaan kurikulum, langkah dalam menentukan pendekatan yang efektif dalam
mengatasi masalah pelaksanaan, sumber data dan pencerakinannya dalam membantu proses pelaksanaan,
perkembangan professional dan arah aliran dalam pelaksanaan kurikulum dimasa akan datang.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Pembentangan, Tugasan): 70%
Peperiksaan : 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Alkin, M. C. (2004). Evaluation roots: Tracing theorists’ views and influences. Thousand Oaks, CA: Sage.
Saedah Siraj (Ed). (2000). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan. Kuala Lumpur: Alam Pintar Entp.
Glasgow, N.A. (1997). New curriculum for new times. California: Corwin Press, Inc.
311