Page 361 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 361
PMGE 6101 TEKNOLOGI KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SAINS 3 KREDIT
Sinopsis
Fokus kursus ini adalah kepada pedagogi, teoretikal, pembelajaran berasaskan pengalaman dan
perspektif kritikal terhadap penggunaan ICT dalam pelbagai aspek pendidikan. Secara khusus, kursus ini
bertujuan untuk membolehkan pelajar menggunakan pengajaran berbantukan komputer (CAI), perisian kursus,
data loggers, dan pelbagai alat teknologi seperti pemprosesan perkataan, dan persembahan elektronik, secara
berkesan. Interaksi pelajar dan peranan pelajar dalam Pembelajaran Bersama Berbantukan Komputer (CSCL)
juga akan dikaji bagi meningkatkan pengajaran sains.
Kaedah Penilaian : Kerja kursus (pembentangan, tugasan): 70%; Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Sherman, S.J. & Sherman, R.S. (2004). Science and science teaching: Methods of integrating technology in
nd
elementary and middle schools (2 .) Boston, MA: Houghton Mifflin
Jonassen, D.H., Howland, J., Moore, J & Marra, R.M. (2003). Learning to solve problems with technology: A
nd
constructivist perspective (2 . Ed.) NJ: Merill/Prentice Hall.
Roblyer, M.D., Edwards, J. & Havriluk, M.A. (2003). Integrating educational technology into teaching. NJ: Merrill
Forcheri , P. & Molfino, M.T. (2000). ICT as a tool for learning to learn. In D.M. Watson and T. Downes (Eds.).
Communications and Networking in Education. Boston, MA: Kluwer Academic. pp 175 – 184.
PMGS 6101 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK:PERSPEKTIF TEORI 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami pelbagai perspektif teori yang berkait dengan
penyelidikan dalam pendidikan matematik, termasuk perspektif falsafah dan psikologi. Konsep penyelidikan,
kemahiran penyelidikan dan kecekapan yang diperlukan untuk membentuk agenda penyelidikan dalam bidang
pendidikan matematik akan dibincangkan. Perhatian yang khusus akan diberi kepada perbincangan tentang
sifat aktiviti penyelidikan dan pelbagai kaedah penyelidikan masa kini dalam pendidikan matematik.
Kaedah Penilaian : Kerja kursus: 60% Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Cresswell, J.W.(2005). Educational research. Upper Saddle River, NJ: Pearson education, Inc.
English, L.D. (Ed.). (2003). Handbook of reserch in mathematics education, Hillsdale, NJ: Lawrence
Erlbaum Associates
Kelly, A., & Lesh, R. A. (Eds.).(2000). Handbook of research design in mathematics and science education.
Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates
314