Page 350 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 350
PBGS 6336 KAJIAN PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini mendedahkan konsep asas dalam perkembangan literasi bahasa. Pelajar mampu
menganalisis data dan menilai kajian dalam literasi yang dijalankan
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Machado, Jeanne M. Belmont. (2010). Early childhood experiences in language arts: early literacy. 9th ed.
California: Wadsworth.
Mahzan Arshad. (2008). Pendidikan literasi bahasa Melayu: strategi perancangan dan pelaksanaan. Kuala
Lumpur: Utusan Publications.
Ambigapathy Pandian. (2003). Bahasa & literasi : penyelidikan dan peninjauan untuk pendidikan. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
PBGS 6337 KAJIAN PENDIDIKAN GURU BAHASA 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan memperkenalkan konsep guru bahasa yang bukan sahaja berperanan sebagai
pelaksana kurikulum di bilik darjah, tetapi guru berperanan sebagai penyelidik. Sebagai satu profesion yang
memerlukan guru bertindak secara profesional, mereka perlu dilengkapi dengan maklumat dan data yang
konkrit bagi membantunya dalam tugas-tugas harian. Oleh yang demikian, tugas sebagai seorang guru
memerlukan mereka sentiasa peka terhadap perkembangan semasa baik dalam bilik darjah mahu pun di
persekitaran tempat kerja. Kursus ini akan membantu guru menyediakan diri sebagai penyelidik dan boleh
menggunakan kemahiran tersebut dalam melaksanakan kurikulum bahasa dan meningkatkan mutu
perkhidmatan sebagai seorang guru bahasa yang berwibawa sepanjang kerjaya mereka.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Tugasan, Pembentangan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Brisk, MarĂa Estela. (2008). Language, culture, and community in teacher education. New York: Lawrence
Erlbaum Associates.
Borg, Simon. (2006). Teacher cognition and language education: research and practice. London: Continuum.
Awang Sariyan. (2004). Teras pendidikan bahasa Melayu: asas pegangan guru. Bentong: PTS Publications.
303