Page 368 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 368
PMGS 6305 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK 3 KREDIT
Sinopsis
Perbincangan dalam kursus ini merangkumi latar belakang sejarah, teori dan kajian terkini tentang
cara pelajar ditaksir dalam pendidikan matematik. Selain itu, topik lain termasuklah fokus terhadap aspek teori
dan praktik penilaian dalam kelas matematik, meneliti perhubungan antara pentaksiran dan kurikulum dalam
konteks skop yang lebih luas, dan seterusnya analisis kritikal tentang tujuan, strategi, kaedah dan model
pentaksiran berkesan dalam pendidikan matematik. Juga, perspektif konstruktif dan bersepadu tentang
pentaksiran dalam pendidikan matematik serta penilaian alternatif yang menggambarkan perubahan terkini
dalam akan dibincangkan.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 60%, Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Noraini Idris (2007). Classroom assessment in mathematics education. Kuala Lumpur:McGraw Hill.
Airasian, P. W. (2005). Classroom assessment concepts and application, New York: McGraw Hill.
Gronlund, N.E.(2003). Assessment of students achievement. New York: Allyn & Bacon.
PMGS 6306 PENGAJARAN MATEMATIK MASA AWAL KANAK-KANAK 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk membantu para pelajar memahami kaedah yang berkesan untuk mengajar
matematik masa awal kanak-kanak. Antara topik yang akan dibincangkan termasuklah kandungan matematik
dalam kurikulum pra sekolah, asas psikologi bagi pengajaran matematik masa awal kanak-kanak, pengajaran
untuk pemahaman dan pembinaan, model bersepadu bagi pengajaran matematik masa awal kanak-kanak,
pengajaran nombor dan konsep pengangkaan, perkembangan pemikiran geometri dan pengajaran pengukuran
dalam matematik pra sekolah. Kursus ini juga akan membincangkan idea penyelidikan yang berkait dengan
pengajaran matematik masa awal kanak-kanak.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 60%, Peperiksaan: 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Baroody, A.J. (1998).Fostering children’s mathematical power: An investigative approach to K-8 mathematics
instruction. Mahwah,NJ : Erlbaum Associates
Shaw, J. & Blakes, S. (1998). Mathematics for young children. New jersey, Prentice Hall (QA 135.5 sha).
Reys, R.E., Suyd Suydam, M.N., Lindquist, M.M.,& Smith, N.L. (1998). Helping children learn
mathematics, Allyn & Bacon
Kellough, R.D. (1996). Integrating mathematics and science for kindergarten and primary children, Engle-
wood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall, Inc.
Jensen, Robert J.(Ed.)(1993). Research Ideas For the Classroom: Early Childhood Mathematics. Reston,VA:
NCTM.
321