Page 371 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 371
PMGS 6325 SAINS DAN TEKNOLOGI MASA AWAL KANAK-KANAK 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami pendidikan sains dan teknologi peringkat
awal kanak-kanak. Antara tajuk yang akan dibincangkan termasuk kandungan sains dan teknologi dalam
kurikulum pra-sekolah dan asas psikologi bagi pengajaran sains dan teknologi awal kanak-kanak. Konsep sains
asas, penyiasatan dalam sains, penggunaan teknologi multi-media dalam pengajaran sains serta strategi
pentaksiran juga akan diberi perhatian. Kursus ini juga akan melibatkan perbincangan tentang idea-idea
penyelidikan yang berkaitan dengan pengajaran sains dan teknologi peringkat awal kanak-kanak.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian, Tugasan): 70%, Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
Harlan,J.D. & Ravkin, M.S. (2011) Science experiences for early childhood years: An integrated affective
th
approach (10 .edn.) London : Prentice Hall
Carin, A.A.(1993) Teaching science through discover. New York : Macmillan.
Esler, W.L. & Esler,M.K.(1993) Teaching elementary science.California : Wadsworth
PMGS 6330 PROGRAM KESEJAHTERAAN HIDUP 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini menyediakan pelajar supaya dapat berfungsi sebagai pendidik kesihatan, pengurus
kesihatan dan fasilitator yang berkesan dalam pelbagai program wellness yang melibatkan remaja dan
masyarakat. Pelajar dapat mengidentifikasikan dan mengurus aspek kesihatan melalui pendedahan kepada
prinsip asas, teori dan falsafah mengenai wellness serta kepentingan program untuk mencegah penyakit,
mengekalkan kesihatan serta gaya hidup yang produktif.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Ujian,Tugasan):60%, Peperiksaan : 40%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia
Rujukan Utama
Butler, T.J. (1994). Principles of health education and health promotion. Colarado: Morton Pub. Co,
Donatelle, R.J. (1994). Access to health. New Jersey: Prentice Hall.
Kementerian Kesihatan Malaysia. Manual kesihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan
324