Page 341 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 341
PAGS 6348 PENDIDIKAN ULUM SYARIAH 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada falsafah dan konsep asas yang diaplikasikan
dalam disiplin Pendidikan Ulum Syariah Islamiyah. Fokus perbincangan kursus meliputi evolusi Pendidikan
Ulum Syariah, pelbagai komponen serta cabang ilmu dalam disiplin Pendidikan Ulum Syariah, konsep
kesepaduan dalam Pendidikan Ulum Syariah serta isu dan trend dalam amalan Pendidikan Ulum Syariah di
Malaysia dan sebagainya. Pelajar juga akan dilatih untuk menganalisis serta mengaplikasikan teori, kaedah
serta prinsip pendidikan yang sesuai bagi mengembangkan disiplin Pendidikan Ulum Syariah. Perbincangan
kursus turut mengambilkira perspektif tradisional dan kontemporari bagi memastikan kerangka falsafah dan
praktikal Pendidikan Ulum Syariah tidak diabaikan dalam melaksanakan Pendidikan Ulum Syariah
kontemporari.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Forum kelas; tugasan; pembentangan): 70%,
Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
M. Quraish Shihab (2008) Membumikan al Quran, Jakarta: Pustaka Mizan
Saedah Siraj (2008) Kurikulum masa depan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Suzalie Mohamad (ed.) (2003) Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
Ismail Abbas. (2002) Kesan pendekatan penyelesaian masalah dalam pengajaran aqidah pelajar tingkatan
empat. Tesis Ijazah Doktor Falsafah (tidak diterbitkan). Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya
Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid. (ed.) (2001) Dinamisme pengajian syariah. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam UM
Al Qaradhawi, Yusuf (t.t.) Al Madkhal lidirasat al syariah al Islamiyah. Beirut: Muassasah al Risalah
294