Page 335 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 335
PAGS 6315 SEKOLAH, KELUARGA DAN KOMUNITI 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini membahaskan tentang teori-teori yang mendasari hubungan sekolah, keluarga dan
komuniti termasuk cabaran ekonomi, sosial dan politik dari segi perubahan pranan dan fungsi keluarga,
organisasi dan komuniti terhadap pendidikan. Dibincangkan juga tentang konsep komuniti sekolah dan
beberapa model kerjasama antara sekolah dan ibu bapa serta isu-isu yang berbangkit.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan ( Forum Kelas; Tugasan; Pembentangan): 70%,
Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
Rujukan Utama
M.Chatman.(2005) Preparing Educatiors to Involve Families: From Theory to Practice. CA: Sage Publications
Inc.
Woodhead, M.(2000) dan McGrath, A. Family, School & Society. London: Open University Heather, B.Weiss,
Holly Kreider, Elena Lopez & Celina.
Swap, Susan. (1993). Developing Home-School Partnership : From Concepts to Practice.
PAGS 6325 PENDIDIKAN AL QURAN 3 KREDIT
Sinopsis
Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada falsafah dan konsep asas yang diaplikasikan
dalam disiplin Pendidikan Al Quran. Fokus perbincangan kursus meliputi evolusi Pendidikan Al Quran, pelbagai
komponen serta cabang ilmu dalam disiplin Pendidikan Al Quran, konsep kesepaduan dalam Pendidikan Al
Quran serta isu dan trend dalam amalan Pendidikan Al Quran di Malaysia dan sebagainya. Pelajar juga akan
dilatih untuk menganalisis serta mengaplikasikan teori, kaedah serta prinsip pendidikan yang sesuai bagi
mengembangkan disiplin Pendidikan Al Quran. Perbincangan kursus turut mengambil kira perspektif tradisional
dan kontemporari bagi memastikan kerangka falsafah dan praktikal Pendidikan Al Quran tidak diabaikan dalam
melaksanakan Pendidikan Al Quran kontemporari.
Kaedah Penilaian : Penilaian berterusan (Forum kelas; tugasan; pembentangan): 70%,
Peperiksaan: 30%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
Rujukan Utama
Abd Rahman Abd Ghani (2009) Rasm Uthmani pelengkap pembacaan al Quran. Kuala Lumpur: YADIM
Ammar Fadzil (2007) Anatomi al Quran: Mengenal Ilmu, Sejarah & Kandungan Al-Quran. Selangor: PTS
Publications
Mohd Yusuf Ahmad,(2004) Sejarah dan kaedah pendidikan al Quran. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2002) Buku panduan kelas kemahiran alQuran. Putrajaya:
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Haji Nik Jaafar Nik Ismail (1998). Qawa’id al-Tarannum. Kuala Lumpur: Dar al-Fikr.
Mohd Ali Abu Bakar ( 1997) Seni lagu al Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darulfikir
288