Page 322 - BUKU PANDUAN SARJANA 20142015_BM
P. 322

(2)    Syarat Bahasa Inggeris.

                           Bagi calon antarabangsa yang mengikuti program dalam Bahasa Inggeris perlu mempunyai
                          sekurang-kurangnya IELTS  (International English Language Testing Services) band enam
                          (6)  atau TOEFL  (Test as a Foreign  Language)  skor lima ratus dan  lima puluh  (550)  jika
                          ijazah pertama diperolehi dari universiti yang Bahasa Inggeris bukan bahasa pengantaran;

                                                       atau

                          Lulus  kursus  Bahasa  Inggeris  yang  ditetapkan  oleh  pihak  universiti  sebelum  calon
                          mendaftar.


            3.     Tempoh Pengajian

                   Tempoh  minimum  pengajian  bagi  program  ijazah  Sarjana  Pendidikan  Sains  dengan  Teknologi
                   Komunikasi dan Maklumat adalah seperti berikut:

                   (1)    Program secara Kursus dan Penyelidikan adalah selama tiga (3) semester biasa.

                   (2)    Program secara Penyelidikan adalah selama dua (2) semester biasa.

            4.     Matlamat Program

                   Matlamat program  adalah  untuk  menghasilkan  warga  pendidik  yang  dapat  menguasai  dan
                   meningkatkan  pengetahuan  tetang  aplikasi  ICT  dalam  pendidikan  sains  dan  perkembangan  terkini
                   dalam pengajaran dan pembelajaran sains berbantukan ICT, mengaplikasikan dan mengintergrasikan
                   pelbagai  teori  pendidikan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  sains  berlandaskan  ICT  serta
                   menjalankan  penyelidikan  yang  relevan  dengan  cekap  dan  berkesan,  berinteraksi  dan  memberi
                   sumbangan positif dalam memenuhi tanggungjawab sosial yang berkaitan dengan penggunaan ICT
                   dalam  pendidikan  sains  baik  dalam  arena  tempatan  dan  antarabangsa,  mengamalkan  nilai  murni,
                   sikap  positif  dan  etika  profesionalisme  dalam  bidang  perguruan  dan  kehidupan  seharian,
                   menggunakan pengetahuan sains dan teknologi untuk memperkukuhkan komunikasi, meningkatkan
                   kepimpinan  dan  mengembangkan  keupayaan  untuk  bekerja  berpasukan,  meningkatkan  kemahiran
                   berfikir dan bertindak secara saintifik serta mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah yang
                   membabitkan sains dan ICT, meningkatkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan
                   menguruskan  maklumat  dalam  pendidikan  sains,  dan  mewujudkan  jaringan  tempatan  dan  global
                   dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi meningkatkan kualiti pendidikan sains dengan ICT.

            5.     Hasil Pembelajaran Program

                   Di akhir program pelajar dapat;

                     PO1    Menguasai  pengetahuan  tentang  aplikasi  ICT  dalam  pendidikan  sains  dan
                             perkembangan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran sains berbantukan ICT;
                     PO2    Mengaplikasi  pelbagai  teori  pendidikan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  sains
                             berlandaskan  ICT  serta  menjalankan  penyelidikan  yang  relevan  dengan  cekap  dan
                             berkesan;
                     PO3    Memberi  sumbangan  positif  dalam  memenuhi  tanggungjawab  sosial  yang  berkaitan
                             dengan  penggunaan  ICT  dalam  pendidikan  sains  baik  dalam  arena  tempatan  dan
                             antarabangsa;

                                                                                          275
   317   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327