Page 359 - Handbook Postgraduate (Master) 2015 2016 BM
P. 359

UNIT-UNIT KEMUDAHAN



            1.    MAKMAL SAINS SERBAGUNA


                  Kakitangan     :       En. Azlan Aziz
                                 :       En. Mohd Fadzil Ismail


                  Makmal  ini  ialah  untuk  menolong  pelajar  Kaedah  Sains mencapai kemahiran dalam penggunaan makmal.  Alat dan bahan
            yang perlu digunakan  dalam eksperimen dan kerja amali boleh  didapati  di  makmal  ini. Kemudahan bengkel di  makmal  dikhaskan
            untuk  pelajar    membuat  alat  bagi  keperluan  pengajaran  mereka.  Pelajar  yang  menggunakan    makmal  ini  mesti  mematuhi  peraturan
            keselamatan  yang  ada.  Sekiranya mereka mendapati alat dan bahan  di  makmal sukar digunakan, mereka harus meminta pertolongan
            daripada kakitangan yang bertugas.


            2.    MAKMAL MIKROKOMPUTER

                  Kakitangan        :    Pn. Anis Amija Amiruldin
                                         En. Mohd Hasri Che Ros
                                         Pn. Norazlina binti Ahmed Nawawi


                  Unit   mikrokomputer  dilengkapkan  dengan   beberapa   buah mikrokomputer  IBMXT.  Unit ini diadakan untuk  menolong  pelajar
            Diploma Pendidikan, Sarjana Muda Pendidikan dan Sarjana  Pendidikan  untuk  mencapai kemahiran menggunakan   komputer   untuk
            pendidikan. Unit ini  juga digunakan untuk memproses data penyelidikan pendidikan. Pelajar yang  menggunakan komputer di unit ini perlu
            mematuhi  peraturan yang ada.



            3.   PERPUSTAKAAN

                  Kakitangan     :


                 Perpustakaan  bertujuan  memberikan  perkhidmatan  maklumat  yang  diperlukan  oleh  para  pelajar,  pensyarah  serta    penyelidik
            dalam  bidang pendidikan.  Pelbagai jenis bahan boleh didapati khususnya yang berkaitan dengan bidang pendidikan. Antaranya buku-
            buku  teks sekolah, cadangan penyelidikan, tesis, jurnal-jurnal pendidikan  tempatan,  laporan,  kertas  persidangan,  keratan  akhbar
            serta   sukatan pelajaran.

            4.    MAKMAL PENDIDIKAN SENI


                  Bahagian  ini  memberi bantuan kepada  penuntut-penuntut di Fakulti Pendidikan mendapatkan bahan-bahan dan menggunakan
            tempat yang disediakan  untuk  membuat  alat  bantuan  mengajar untuk  persediaan  pengajaran mikro dan latihan mengajar.   Kerja-kerja
            membesarkan  peta dan gambar, memotong stirobusa juga  dibuat  di  sini.   Antara bahan-bahan yang boleh didapati di  sini: kad manila,
            kad kotak (dua jenis), cat warna, berus, alatulis  dan   lain-lain.


            5.    BENGKEL KAYU

                  Kakitangan     :       En. Omar bin Shaari

                  Bengkel  kayu  menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk menolong  pelajar-pelajar dan kakitangan menghasilkan  bahan
            dan  alat  bantu  mengajar  seperti carta,  model 3D  dan  papan pengajaran. Bengkel juga  menyediakan  bahan-bahan   seperti plywood,
            softboard,  zinc,  penggantung  carta  dan  bahan-bahan  mentah lain yang diperlukan.


                                                                                                             311
   354   355   356   357   358   359   360   361   362   363   364