Page 6 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 6

KATA ALUAN DEKAN
                                                    DEAN’S MESSAGE

                              Bismillahirahmanirahim.

                              Dengan rasa bangga dan besar hati saya mengalu-alukan kedatangan semua pelajar baru bagi sesi
                              Tahun  Akademik  2014/2015  dan  terima  kasih  kerana  memilih  Fakulti  Pendidikan,  Universiti  Malaya
                              sebagai  pilihan  utama  untuk  melanjutkan  pelajaran.  Fakulti  yang  terulung  ini  bukan  sahaja  telah
                              mencipta nama di peringkat nasional bahkan juga di peringkat global. It is my pleasure and honour to
                              welcome all new students to the 2014/2015 Academic Year and thanks for making Faculty of Education,
                              University of Malaya your preferred choice. We are an established Faculty that has made its mark not only
                                  nationally but also globally.

            Seiring dengan pencapaian Universiti Malaya yang melonjak di kedudukan yang lebih baik di peringkat antarabangsa tahun demi
            tahun, Fakulti Pendidikan juga telah berjaya meningkatkan tarafnya dengan tersenarai sebagai salah satu daripada 100 Fakulti
            Pendidikan terbaik di dunia. Pencapaian ini tidak tiba dalam sekelip mata tetapi adalah berasaskan daya usaha dan keprihatinan
            selama  bertahun-tahun  daripada  setiap  ahli fakulti  serta  para  pelajar. Dengan  usia lebih  50  tahun,  Fakulti  Pendidikan  terus
            unggul dengan kejayaan menghasilkan kira-kira 20,000 graduan cemerlang. As University of Malaya is ranked better and better
            each year at the international arena, the Faculty of Education has also been able to raise its standards to become one of the top 100
            education faculties in the world. This success did not happen overnight but is from years of toil by faculty members and students. Being
            50 years of age, the faculty has gracefully aged to wisdom, witnessing about 20 000 graduates over the years.

            Program ijazah yang ditawarkan oleh fakulti tidak hanya menyediakan pelajar dengan ilmu intelektual dan kemahiran semata-
            mata tetapi turut menghubungkan teori dan amalan bagi mempersiapkan pelajar untuk menempuh alam pekerjaan. Sehingga
            kini, graduan kami tidak hanya menyerlah dalam industri tempatan malah turut menyinar dipersada antarabangsa. Our degree
            programmes do not only provide students with sought after knowledge and skills, but also link theory to practice to better prepare
            students for the workforce. To date, our graduates do not only shine in the public and local industries. Many are successful personnels
            of private and international institutions as well.

            Dalam kami berbangga dengan kejayaan ini, fakulti pendidikan sentiasa peka terhadap cabaran-cabaran baru yang dihadapi
            oleh  negara.  Justeru,  fakulti  pendidikan  telah  mengambil  langkah-langkah  sewajarnya  dalam  menghasilkan  graduan  yang
            berupaya  menjadi  pemikir  dan  menyumbang  kepada  idea-idea  baru  seterusnya  mampu  menjalankan  penyelidikan  bermutu
            setaraf  dengan  universiti  terkemuka  dunia  atau  mungkin  lebih  baik  daripada  mereka.    As  much  as  we  take  pride  in  such
            successes, the faculty understands that there is a need to consider latest challenges faced by the nation and take calculated steps to
            educate and acculturate our new graduates into becoming thinking, researching individuals whose ideas are not only at par with those
            from world class universities, but perhaps, surpass them.

            Untuk memastikan kecemerlangan yang mapan, misi dan visi fakulti harus tersinkroni dalam setiap sudut dan didukung dengan
            strategi yang jitu ke arah halatuju yang hendak dicapai. Perancangan disusun dengan teliti untuk generasi akan datang dalam
            menghasilkan buah kejayaan dari benih yang ditanam.  To attain the nation’s education goals, the university and faculty’s mission
            and vision must be upheld, and strategies must be planned with utmost care for the future generation to reap fruits of success from the
            seeds we sow.

            Salam hormat dan selamat maju jaya.
            Regards and all the best.
                                               “CEMERLANG BERSAMA UM”
                                                “EXCELLENCE WITH UM”

            PROFESOR MADYA DR. MARIANI MD NOR
            ASSOCIATE PROFESSOR DR. MARIANI MD NOR
            Dekan / Dean
            Fakulti Pendidikan / Faculty of Education
            Universiti Malaya / University Of Malaya

                                                                                                        6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11