Page 8 - BUKU PANDUAN PhD 20142015
P. 8

MAKLUMAT AM
                                              GENERAL INFORMATION

               Universiti Malaya adalah universiti tempatan pertama, ditubuhkan pada tahun 1905, untuk memenuhi keperluan
            pendidikan tinggi negara. Fakulti Pendidikan ditubuhkan pada 1963, dan pada awalnya dinamakan Sekolah Pendidikan
            Universiti  Malaya.  Sekolah  Pendidikan  Universiti  Malaya  dibentuk  untuk  menawarkan  Diploma  Pendidikan,  satu
            program pasca ijazah, bagi siswazah yang memilih profesion perguruan. Sekolah Pendidikan berkembang dengan amat
            pesat dan dinaikkan taraf kepada status fakulti pada bulan Julai 1965. Program Sarjana Pendidikan telah ditawarkan
            untuk julung kalinya selepas dua tahun kemudian, diikuti dengan penawaran program Doktor Falsafah pada tahun 1969.
               The University of Malaya, the first local university, was established in 1905 to meet the higher education needs of the country.
            The faculty of Education was founded in 1963, and was initially named the School of Education. The School of Education offered the
            postgraduate Diploma in Education to graduates who chose to enter the teaching profession. The school expanded rapidly and was
            upgraded to the status of faculty in July 1965. The Masters of Education (M.Ed) programme was introduced for the first time two
            years later and this was followed by the Doctor of Philosophy (Ph.D) programme in 1969.

               Sejak penubuhannya, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya telah berjaya melahirkan hampir 20,000 siswazah, iaitu
            lebih  daripada  15,000  pemegang  Diploma  Pendidikan,  lebih  daripada  2,282  graduan  Sarjana,  dan  kira-kira  3,500
            dengan ijazah dasar pendidikan.
               Since its establishment, the Faculty of Education has successfully trained almost 20,000 graduates. From among them, more
            than 15,000 have graduated with the Diploma in Education, more than 2,282 with a Master degree and about 3,500 with a Bachelor in
            Education degree.

                              Seiring dengan Visi Universiti Malaya, Visi Fakulti Pendidikan adalah:
                          In tandem with the University of Malaya’s vision, the Vision of the Faculty of Education is

                                   Untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan
                             dan pembangunan modal insan peringkat kebangsaan dan antarabangsa

                  To become the centre of excellence in education, human capital development, research, innovation, publication and
                                   educational consultation.at the national and international level


                                        Nilai-Nilai Teras Universiti Malaya adalah:
                                          Core Values of the University of Malaya is
                                Integriti                             Profesionalisme
                                Integrity                              Professionalism
                                Hormat                                  Meritokrasi
                                Respect                                 Meritocracy
                          Kebebasan Akademik                     Semangat Kerja Berpasukan
                            Academic Freedom                             Teamwork
                           Berfikiran Terbuka                            Kreativiti
                             Open-Mindedness                             Creativity
                         Kebertanggungjawaban                      Tanggungjawab sosial
                              Accountability                         Social Responsibility

                                  Bagi mencapai Visi di atas, Misi Fakulti Pendidikan adalah:
                                    Towards this end, the Mission of the Faculty of Education is


                      Mempertingkatkan penjanaan ilmu dalam usaha menjadi pusat kecemerlangan dalam pendidikan dan
                       pembangunan modal insan melalui pengajaran, penyelidikan, inovasi, penerbitan dan perundingan

                    To improve knowledge generation to form a centre of excellence in education  and human capital development through
                                   teaching, research, innovation, publication and educational consultation


                                                                                                  8
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13