Page 233 - Handbook Undergraduate 2015 2016
P. 233

UNIT - UNIT KEMUDAHAN
                                                 FACILITIES

               MAKMAL KOMPUTER / COMPUTER LABS

               (a)  Makmal Komputer 1 dan 2 / Computer Labs 1 & 2

                   Kemudahan  makmal komputer yang terletak di Aras 2, Blok Menara, Fakulti Pendidikan ini menyediakan
                   kemudahan pengajaran serta pembelajaran bagi  pelajar-pelajar fakulti. Kemudahan  makmal yang lengkap
                   dengan perisian terkini antaranya perisian SPSS, AMOS, NVIVO, MATLAB dan sebagainya bukan hanya boleh
                   digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, bahkan digunakan bagi tujuan penganjuran seminar dan
                   bengkel.

                   The Computer laboratories located at Level 2, Tower Block, Faculty of Education provide teaching and learning facilities for
                   students. The labs equipped with the latest software such as SPSS, AMOS, NVivo, MATLAB, etc. are utilized not only for the
                   purpose of teaching and learning; but also for the purpose of organizing seminars and workshops.

               (b)  Makmal Komputer 3 / Computer Lab 3

                   Dengan kemudahan perisian SPSS dan AMOS, makmal komputer yang terletak di Tingkat 1, Blok A ini mampu
                   menampung  seramai 30 orang pelajar  pada  satu-satu masa  penggunaan. Dengan kemudahan internet yang
                   berkelajuan tinggi serta makmal komputer yang lengkap, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
                   dengan lancar.

                   Computer Lab 3, which is located on the 1 st   Floor,  A  Block  is equipped  with SPSS and AMOS software are able  to
                   accommodate 30 students at a time. With high-speed internet access and a fully equipped computer laboratories, teaching and
                   learning process can be carried out smoothly.

                     (c)  Makmal Komputer 4 / Computer Lab 4

                   Makmal Komputer 4 terletak di Tingkat 2, Blok C ini dilengkapi dengan kemudahan    projektor dan 16 unit
                   Komputer untuk tujuan proses pengajaran dan pembelajaran.    Perisian  asas seperti  Misrosoft Office  dan
                   SPSS boleh didapati di makmal ini. Bagi   memudahkan proses perbincangan antara  pensyarah dan pelajar,
                   sebuah meja bulat   juga disediakan di  makmal ini.

                   Computer Lab 4 is located at 2 nd  Floor, C Block and equipped with a projector and 16 computers for the purpose of teaching and
                   learning process. Basic software such as Microsoft Office and SPSS can be found in   this laboratory. For the purpose of
                   discussion between lecturers and students, a round table is also available  at this lab.

               MAKMAL MATEMATIK / MATHEMATICS LAB

                     Makmal Matematik, Fakulti Pendidikan, di Tingkat 2, Blok B ini dilengkapi dengan kemudahan projektor dan 10 unit
               komputer yang terkini untuk tujuan proses pengajaran dan  pembelajaran.  Ianya  menyediakan kemudahan perisian
               komputer seperti SPSS, SAS, AMOS, G Power, Geogebra, Geometer Sketchpad, Tinkerplots, Scratch dan R studio
               untuk kegunaan pelajar dalam bidang Pendidikan Matematik.

                    The Mathematics Laboratory, Faculty of Education located at 2 nd  Floor, Block B is equipped with 10 computers and a projector to date
               for the purpose of teaching and learning. It provides computer software such as SPSS, SAS, AMOS, G Power, GeoGebra, Geometer
               Sketchpad, Tinkerplots, Scratch and R studio for student use in the field of Mathematics Education.

               MAKMAL KAUNSELING / COUNSELING LAB

               Makmal Kaunseling Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang terletak di Tingkat 3, Menara Pendidikan menyediakan
               prasarana yang teraputik dan sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi Program Kaunseling. Ia terdiri
               daripada 5 Bilik Kaunseling Individu, 2 Bilik Kaunseling Kelompok  dan 1 Bilik Sumber. Makmal Kaunseling ini
               dilengkapi dengan kemudahan rakaman  dengan sistem yang terkini bagi memudahkan proses pengajaran dan
               pembelajaran. Penyediaan makmal kaunseling yang lengkap dan teraputik ini selaras dengan keperluan penawaran
               program Kaunseling yang berkualiti dan diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia.



                                                                                        193
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238