Page 30 - Handbook Undergraduate 2016 2017
P. 30
PROGRAM IJAZAH DASAR
UNDERGRADUATE PROGRAMMES
1. SARJANA MUDA PENDIDIKAN PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA
BACHELOR OF EDUCATION TEACHING OF ENGLISH AS A SECOND LANGUAGE
Program Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua telah dimulakan pada tahun
1989. Oleh sebab tujuan program adalah untuk memberi persediaan akademik dan latihan profesional kepada bakal guru
Bahasa Inggeris sekolah menengah, program ini menggabungkan komponen kemahiran bahasa dan kesusasteraan Inggeris
dengan komponen profesional yang menekankan ilmu pendidikan dan amalan pengajaran di bilik darjah.
The Bachelor of Education programme Teaching of English as a Second Language (TESL) began in 1989. The aim of the programme
is to provide academic preparation and professional training for English Secondary School teachers. The programme integrates the English
language skills and English Literature with the professional components, which stress on knowledge in education and classroom teaching
practices.
Pada tahun 1997, program pensiswazahan dalam PBISBK telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan dan
melibatkan pengambilan dua kohort pelajar sahaja. Pada tahun 1999, seramai 57 graduan telah lulus dan berjaya
menamatkan pengajian, sementara pada tahun 2000 seramai 111 graduan telah mendapat pensiswazahan.
In 1997, the graduate programme for TESL was launched by the Ministry of Education which involved the intake of only two cohorts of
students: 57 students graduated In 1999 and a total of 111 graduated in 2000.
Mulai tahun 1999 pula, Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) telah dimulakan atas permintaan Kementerian
Pendidikan. Perbezaannya dengan program pensiswazahan terdahulu adalah pada tahap pertengahan pengajian, pelajar
program PKPG yang meneruskan pembelajaran mereka di Universiti Malaya akan bergabung dengan pelajar PBISBK
program biasa. Dahulunya, pelajar PKPG diletakkan dalam kelompok yang tersendiri. Program PKPG bagi PBISBK ini
berakhir pada tahun 2004.
In the early 1999, Teachers‟ Special Graduate Programme (PKPG) was launched under the request of the Ministry of Education. The
difference compared to the previous graduate programme lies in the intermediate level of the course as students of the PKPG programme
who continue their studies at the University of Malaya would join the normal degree programme. In the past, PKPG students would be in
their own groups. The PKPG programme for the TESL ended in 2004.
Walaubagaimanapun, program PBISBK ambilan lepasan STPM masih berjalan sehingga hari ini. Pada sesi 2015/2016
terdapat 33 pelajar yang mengikuti program ini.
However, the TESL programme for the STPM leavers still continues until today. In the 2015/2016 session, 33 students signed up for
the programme.
Matlamat Program:
Programme Goals:
Menghasilkan guru atau pendidik yang mempunyai kelayakan akademik yang kukuh serta latihan perguruan yang
profesional, khususnya untuk Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua di sekolah menengah atau di mana-
mana sektor pendidikan yang berkaitan.
To produce teachers or educators who have strong academic qualifications and professional teacher education specifically for the Teaching
of English as a Second Language in secondary schools and any other relevant sectors.
Hasil Pembelajaran Program
Learning Outcomes of the Programme :
1) Menguasai pengetahuan yang cukup untuk Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua;
Acquire sufficient knowledge for the Teaching of English as a second language;
2) Mempraktikkan kemahiran bahasa sebagai guru di sekolah menengah, institusi pendidikan awam ataupun swasta,
khususnya dalam Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua dan mata pelajaran lain yang berkaitan;
Practise language skills as teachers in secondary schools, institutions in the public or private sector, particularly in the Teaching of
English as a Second Language and other related subjects;
3) Mengamalkan sikap positif terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dan mengembangkan penggunaan tersebut
dalam pengajaran di bilik darjah dan komunikasi harian untuk faedah masyarakat;
24